Jumaat, Ogos 01, 2014

Bila Minyak Naik Harga: Tips Untuk Jimatkan Minyak Kereta.


Bila kerajaan kurangkan subsidi, minyak RON59 naik sedikit menjadi RM 2.10 bagi satu liter. Kalau dulu  dengan RM60 dah penuh tangki, tapi kini kena isi RM80 baru penuh. Oleh itu kena cari jalan macam mana untuk menjimatkan minyak kereta.  Setelah bertanya kepada kawan-kawan dan mekanik kereta, inilah beberapa tips untuk kita sama-sama berkongsi menjimatkan minyak kereta.


Tips Menjimatkan Minyak Kereta:


1. Cara yang betul mengisi minyak.
    a.  Isi minyak pada waktu pagi atau waktu cuaca sejuk. Jika mengisi minyak pada waktu tengahari atau cuaca panas, minyak petrol cepat meruap dan "hilang" dalam bentuk wap petrol yang keluar dari tangki.

    b.  Isi minyak dengan perlahan-lahan, jangan tekan nozzle dengan kuat. Minyak petrol yang bercampur dengan udara akan lebih cepat terbakar.

    c.  Selalu isi tangki dengan penuh supaya kurang ruang udara dalam tangki. Ini akan mengurangkan petrol meruap dengan cepat.  


2.  Kurangkan Kelajuan.
     Memandu dengan laju akan meningkatkan penggunaan minyak. Pandu dengan kelajuan sederhana, relax dan nikmatilah pemanduan serta mengurangkan risiko kena saman.
Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) akan meningkatkan dengan ketara penggunaan minyak. Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j,penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus).
Ia berbeza bagi setiap cc kereta, lagi tinggi cc lagi banyak minyak dibakar.





 

3.  Periksa tekanan angin tayar
     Tekanan angin tayar akan berkurangan sehari ke sehari (lebih kurang 1 psi sebualan). Tayar yang kurang angin akan meningkatkan penggunaan minyak.


 

4.  Gunakan air-cond dengan betul
     Air-cond akan menggunakan 10% petrol jika dipasang. Tetapi kalau anda memandu 80kmj, menggunakan  air-cond adalah lebih ekonomi daripada membiarkan tingkap kereta terbuka.




5.  Matikan enjin bila berhenti dalam masa yang lama
     Membiarkan enjin hidup apabila kereta tidak bergerak akan membazirkan petrol. Membiarkan enjin hidup selama satu minit menggunakan petrol yang banyak daripada untuk start semula enjin.






TIPS LAIN YANG BOLEH JIMATKAN MINYAK.....
 

 ATAU YANG INI...HA HA HA


SELAMAT MEMANDU DAN BERJIMAT...

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan