Jumaat, November 22, 2013

"Khemah" Tertinggi di Kazakhstan 2013

Pusat Aktiviti Khan Shatyr di Astana, Kazakhstan merupakan projek seni bina yang dianggap sebagai "khemah" yang tertingi di dunia. Bentuk binaan ini sungguh unik seperti sebuah khemah yang biasa kita lihat dipasang di tempat-tempat keramaian. "Khemah" ini dibentuk dengan bahan lutsinar yang digantung pada kabel-kabel besi yang berhubung pada tiang menara di tengahnya setinggi 150 meter.

Keluasan kawasan yang dinaungi "khemah" ini ialah seluas 140,000 meter persegi. Di bawah "khemah" ini (kawasan yang luasnya sama dengan 10 stadium bolasepak) ialah taman dalaman, kompleks membeli-belah, sungai, mini golf dan resort.

Bahan lutsinar yang dijadikan bumbung membenarkan cahaya matahari masuk dan kombinasi dengan sistem penyejukan menjadikan suhu di dalam khemah ini amat selesa pada suhu 15 - 30 Celsius, berbanding suhu di luar yang berubah antara -35 C hingga 35 C sepanjang tahun. Lihatlah ganbar-gambar khemah yang tertinggi di dunia ini.