Sabtu, Mei 25, 2013

Minyak Ikan Untuk Kesihatan

Satu kaum Eskimo di Greenland yang dipanggil kaum Inuit, mempunyai 42 perkatan untuk salji sahaja. Mereka tidak ada satu patah perkataan pun untuk penyakit jantung. Mengapa? Sebab mereka tak pernah dan tahu pun apa itu sakit jantung. Menurut kajian, kaum Inuit ini jarang mendapat penyakit jantung sebab makanan utama mereka adalah lemak, daging singa laut dan ikan air sejuk.

Minyak ikan laut dalam mengandungi asid lemak Omega 3 yang sangat diperlukan oleh badan kita. Asid lemak ini banyak didapati di dalam ikan air sejuk laut dalam seperti mackerel, kod, salmon, kerapu, jerung, sardin dan ikan todak. Apa kebaikan dari segi kesihatan yang kita boleh perolehi dari minyak ikan ?

Ikan Mackerel


Tanpa asid lemak dalam makanan harian kita, kita mengambil satu langkah ke arah kematian. Asid lemak yang sangat diperlukan tubuh kita terbahagi kepada dua: Omega-6 EFAs and Omega-3 EFAs. Omega-6 boleh diperolehi dari minyak sayuran dan Omega-3 dari minyak ikan dan beberapa minyak lain.
Ikan Salmon

Para saintis dan doktor berpendapat bahawa peningkatan kes sakit jantung,  darah tinggi, obesiti, kencing manis,dan kanser jenis tertentu adalah disebabkan pengambilan Omega-3 dan Omega-6 yang tidak seimbang.



Ikan  Kerapu
EPA dan DHA, juga dapat membantu dalam pencegahan aterosklerosis, serangan jantung, kemurungan dan beberapa jenis kanser. Permakanan tambahan minyak ikan juga telah terbukti berguna untuk merawat artritis reumatoid (sakit sendi)dan kencing manis.

Antara manafaat minyak ikan untuk kesihatan ialah :


1. Minyak ikan dapat Mencegah kanser

Minyak ikan berkesan melawan beberapa jenis kanser iaitu kanser payudara, usus besar, dan prostat. Kandungan minyak ikan mengandung Omega 3 yang dapat membantu menjaga sel menjadi sihat dan normal dari bermutasi menjadi sel kanser dan menahan pertumbuhan sel-sel yang tidak diinginkan.


2. Minyak ikan dapat Melangsingkan tubuh

Satu kajian di Australia telah menemukan bahawa diet dengan Minyak Ikan secara rutin dapat menurunkan berat badan. Minyak ikan ini dapat digunakan untuk mengubati darah tinggi dan kegemukan.

3. Minyak ikan untuk penyakit artritis / sendi
Penggunaan jangka panjang minyak ikan dapat mengurangkan dan mencegah sakit sendi.

4. Minyak ikan untuk Kesihatan mata
Omega 3 dapat melindungi terhadap macular degeneration (AMD) mata dan menurunkan risiko sindrom mata kering.

5. Minyak ikan untuk Kesihatan kulit dan rambut
Omega 3 membantu menjaga kelembapan sel-sel kulit, menghasilkan kolagen, mengurangkan cacat kulit, dan membuat seseorang kelihatan muda. Sementara kandungan protein minyak ikan membantu dalam pertumbuhan rambut dan menjaga kesihatan dan kekuatan akar rambut.

6. Minyak ikan untuk Tekanan darah tinggi
Omega 3 mempunyai kandungan anti-pengentalan darah yang membantu dalam menurunkan tekanan darah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan