Khamis, Mei 16, 2013

Guru...jasamu tidak ternilai!



Hari ini seluruh warga pendidikan menyambut Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei setiap tahun. Memanglah jasa guru amat besar bukan sahaja mengajar mengenal ABC tetapi lebih dari itu, mendidik menjadi insan yang berjaya dalam hidup serta berguna kepada agama.bangsa dan negara.




Tema  hari guru tahun ini ialah Guru Malaysia: 1 aspirasi 1 agenda.
 Rasulullah SAW bersabda:
          "Andainya ditimbang tinta pena para guru dengan darah para syuhada, maka lebih berat pahala guru daripada darah para syuhada. Barang siapa yang menziarahi  seorang guru maka seolah-olah dia menziarahiku dan barang siapa yang berjabat tangan dengan guru, maka seolah-olah dia berjabat tangan denganku." 

Sempena hari guru pada hari ini, saya ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia dan khususnya guru-guru saya di sekolah rendah dan menengah. Saya mendoakan semoga semua guru saya selamat sejahtera dan sihat selalu. Bagi yang telah kembali ke rahmatullah, saya hadiahkan AlFatihah....semoga roh mereka dihimpun bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
 

p/s: Saya teringat guru kelas saya semasa Darjah 5 (1969) bernama Cikgu Rajibah yang mengajar dengan berkesan dan penuh kasih sayang (sehinggakan kalau saya demam pun,saya tetap mahu pergi ke sekolah)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan