Rabu, November 07, 2012

Rawatan Tulang Patah

BALING- Walaupun teknologi perubatan berkembang pesat, rawatan tradisional masih mendapat permintaan ramai  tidak terkecuali rawatan tulang patah yang memerlukan masa berbulan-bulan untuk sembuh.

Mokhtar Hassan,67, ataupun lebih dikenali sebagai Pak Cik Mokhtar merupakan seorang pakar tradisional dalam merawat pesakit yang mengalami patah tulang.

Mokhtar sedang merawat pesakit yang patah tulang paha

 Mokhtar yang tinggal di Kampung Besah ini sering menjadi perhatian penduduk berikutan kebolehannya merawat dan menyembuhkan tulang patah dalam masa yang singkat.

Hanya berbekalkan ayat al-Quran dan sedikit urutan, Mokhtar telah menyembuhkan ratusan pesakit yang mengalami patah tulang di sekitar kampungnya termasuk pesakit dari negeri lain.
Mokhtar berkata, ilmu perubatan patah tulang ini dipelajari oleh ayahnya, Hassan Ahmad sejak dibangku sekolah lagi.
‘Saya mampu merawat pesakit sejak umur saya 15 tahun sehinggalah sekarang. Alhamdulillah, ilmu yang diberikan oleh ayah digunakan sepenuhnya untuk membantu pesakit.

“Saya tidak menggunakan sebarang urutan keras, namun, hanya menggunakan ayat al-Quran dan sedikit urutan lembut untuk mengelakkan kesakitan terhadap pesakit,” katanya.
Katanya, walaupun kebolehanya diakui oleh penduduk setempat, dia tidak pernah membelakangkan teknologi perubatan moden yang ternyata membantu menyembuhkan pesakit patah tulang ini.

“Sekiranya ada pesakit yang mengalami patah tulang kronik, saya akan menyarankan mereka pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Saya bukannya terlalu pakar sehingga dapat menyembuhkan semua jenis patah tulang, ada yang tidak boleh dan memerlukan perhatian dari doktor pakar.

“Saya tidak mahu kejadian tidak dingini berlaku. Sehubungan itu, saya lebih suka menasihatkan mereka untuk berjumlah doktor pakar, Namun, ada juga yang degil dan masih mahu saya merawat mereka. Jadi, saya terpaksa lakukan demi menjalankan tanggunjawap sebagai manusia,” katanya.

Mohktar berkata, penyembuhan itu bukan dilakukan olehnya melainkan tuhan yang membenarkannya.
“Saya hanya berusaha dan membantu. Saya hanya mampu berdoa dan merawat, tetapi, kuasa menyembuh adalah milik tuhan. Disebabkan itu, saya selalu ingatkan, jangan berterima kasih kepada saya, tetapi bersykurlah kepada tuhan,” katanya.

Namun begitu, ayah kepada lima anak ini tidak menumpukan sepenuhnya kepada rawatan ini kerana masih memerlukan tanggunjawap lain yang perlu dilakukan.
“Saya bukan bekerra merawat orang, saya hanya menjalankan tanggungjawap membantu saudara yang lain,” katanya.

Sumber:
Mohd Rizal Abdullah
balingtoday.wordpress.com

4 ulasan:

  1. Hari ini 2/4/2013 adik saya dimasukkan ke hospital kangar kerana patah tulang peha kiri, dan patah tempurung kaki kiri. Hendak dimasukkan besi kerana nasihat doktor. Bagaimana saya hendak mendapatkan rawatan dari encik?? No saya 0175343746 safar.

    BalasPadam
  2. Hari ini 2/4/2013 adik saya dimasukkan ke hospital kangar kerana patah tulang peha kiri, dan patah tempurung kaki kiri. Hendak dimasukkan besi kerana nasihat doktor. Bagaimana saya hendak mendapatkan rawatan dari encik?? No saya 0175343746 safar.

    BalasPadam
  3. Sy pth kaki kiri tgn kiri mohon pihl tuan dtg ke tenpt sy No 8 jalan melor 4 taman sri melor 43000 kajang...amat mngharapkn

    BalasPadam
  4. Sy pth kaki kiri tgn kiri mohon pihl tuan dtg ke tenpt sy No 8 jalan melor 4 taman sri melor 43000 kajang...amat mngharapkn

    BalasPadam