Sabtu, November 24, 2012

Mencari Pokok Bunga dan Pokok Bonsai

Melihat pokok-pokok bunga yang segar menghijau dan berbunga akan membuat hati jadi tenang dan damai.  Tambahan pula pokok2 bunga itu terdapat tersusun dengan cantik di sekitar rumah kita.  Buka saja pintu., dapat pemandangan  yang menyamankan dan dapat hilangkan stress..  

Untuk menghasilkan taman bunga di rumah kena ada minat yang berterusan. Tak boleh hangat-hangat tahi ayam. Bagi  sesiapa yang baru dalam bidang ni ( baru nak cuba-cuba menanam ) kita  mestilah tahu serba sedikit asas-asas menanam sesuatu pokok.
Pokok bunga berdaun

Untuk mendapatkan pokok bunga yang sesuai tidak lagi susah kerana sekarang ini banyak Kedai Semaian yang menyediakan berbagai jenis bunga. Cuma sediakan wang dan pilihlah yang mana berkenan.

Pilih yang berkenan, bang.

Kepada orang yang baru nak mencuba hobi ini mestilah ada sikap rajin yang amat tinggi sekali. Ini sangat mustahak ye. Sebab pokok-pokok yang kita dah tanam tu memerlukan perhatian selain belaian dan sentuhan dari hati ke hati...bunga pun nak dimanja-manjakan dan makan minum  sentiasa nak dijaga.




Selain pokok2 bunga, eksasori taman bunga pun dah banyak sekarang ini. Pasu-pasu serta air pancut mini akan menambahkan seri taman kita kalau pandai menyusun dengan kreatif.  Kalau tak ada idea, buka saja internet dan carilah blog-blog berkaitan seni taman. Pasti akan dapat contoh yang boleh ditiru!




Bagi yang berminat dengan pokok bonsai, kalau malas nak buat sendiri boleh beli di tapak semaian juga.
Tapi kalau beli kena sediakan duit banyak sikit sebab bonsai yang dijual bukan murah harganya.





Pokok bonsai ini diletakkan harga RM10 ribu...





Rabu, November 07, 2012

Rawatan Tulang Patah

BALING- Walaupun teknologi perubatan berkembang pesat, rawatan tradisional masih mendapat permintaan ramai  tidak terkecuali rawatan tulang patah yang memerlukan masa berbulan-bulan untuk sembuh.

Mokhtar Hassan,67, ataupun lebih dikenali sebagai Pak Cik Mokhtar merupakan seorang pakar tradisional dalam merawat pesakit yang mengalami patah tulang.

Mokhtar sedang merawat pesakit yang patah tulang paha

 Mokhtar yang tinggal di Kampung Besah ini sering menjadi perhatian penduduk berikutan kebolehannya merawat dan menyembuhkan tulang patah dalam masa yang singkat.

Hanya berbekalkan ayat al-Quran dan sedikit urutan, Mokhtar telah menyembuhkan ratusan pesakit yang mengalami patah tulang di sekitar kampungnya termasuk pesakit dari negeri lain.
Mokhtar berkata, ilmu perubatan patah tulang ini dipelajari oleh ayahnya, Hassan Ahmad sejak dibangku sekolah lagi.
‘Saya mampu merawat pesakit sejak umur saya 15 tahun sehinggalah sekarang. Alhamdulillah, ilmu yang diberikan oleh ayah digunakan sepenuhnya untuk membantu pesakit.

“Saya tidak menggunakan sebarang urutan keras, namun, hanya menggunakan ayat al-Quran dan sedikit urutan lembut untuk mengelakkan kesakitan terhadap pesakit,” katanya.
Katanya, walaupun kebolehanya diakui oleh penduduk setempat, dia tidak pernah membelakangkan teknologi perubatan moden yang ternyata membantu menyembuhkan pesakit patah tulang ini.

“Sekiranya ada pesakit yang mengalami patah tulang kronik, saya akan menyarankan mereka pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Saya bukannya terlalu pakar sehingga dapat menyembuhkan semua jenis patah tulang, ada yang tidak boleh dan memerlukan perhatian dari doktor pakar.

“Saya tidak mahu kejadian tidak dingini berlaku. Sehubungan itu, saya lebih suka menasihatkan mereka untuk berjumlah doktor pakar, Namun, ada juga yang degil dan masih mahu saya merawat mereka. Jadi, saya terpaksa lakukan demi menjalankan tanggunjawap sebagai manusia,” katanya.

Mohktar berkata, penyembuhan itu bukan dilakukan olehnya melainkan tuhan yang membenarkannya.
“Saya hanya berusaha dan membantu. Saya hanya mampu berdoa dan merawat, tetapi, kuasa menyembuh adalah milik tuhan. Disebabkan itu, saya selalu ingatkan, jangan berterima kasih kepada saya, tetapi bersykurlah kepada tuhan,” katanya.

Namun begitu, ayah kepada lima anak ini tidak menumpukan sepenuhnya kepada rawatan ini kerana masih memerlukan tanggunjawap lain yang perlu dilakukan.
“Saya bukan bekerra merawat orang, saya hanya menjalankan tanggungjawap membantu saudara yang lain,” katanya.

Sumber:
Mohd Rizal Abdullah
balingtoday.wordpress.com