Sabtu, Julai 28, 2012

Rumah Untuk Dijual di Kupang, Baling.

 

Ada sesiapa yang nak cari rumah?. Ada sebuah rumah semi-D yang hendak dijual yang terletak di Taman Mesra ,Kupang.

Lokasi cukup menarik, di tepi jalan raya , berhadapan dengan padang permainan dan dekat dengan surau ( 100 meter).




Rumah ni mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Lantai dari hall hingga ke dapur dipasang tile. Luas rumah adalah 20' X 40', dan keluasan tanah 208 meter persegi.
Rumah dalam keadaan yang baik dan dinding dalam serta luar baru dicat.




Kalau ada yang berminat, bolehlah hubungi telefon ini :
013-XXXXXXX

Kemaskini pada 26.8.2012 :
  
Rumah ini sudah ada pembeli ...SOLD

Sedapnya Sup Belut

Pernah ke makan sup belut?. Kalau yang belum pernah, cubalah rasa. Memang sedap sekali rasanya dan yang pasti  kita akan mencarinya lagi.

Sup belut ni banyak didapati di Kelantan. Kalau nak cari di Kedah, susah sikit, mungkin tak ada pun. Yang ada mungkin kuah laksa ikan belut.



        Baru-baru ni aku telah dibawa oleh kawan untuk  merasa sup belut yang paling sedap di kawasan  Tumpat, Kelantan. Ada sebuah kedai (yang sangat terkenal dan famous) menyediakan masakan berasaskan belut sahaja. Kedai ni terletak di Cabe Pat Tok MekNgoh (Simpang empat Tok Mek Ngoh), bersebelahan stesen minyak Esso.
 

Semasa kami sampai ke kedai itu, banyak kereta (antaranya Mercedes, BMW) yang parking di depan kedai. Memang betullah kedai ni terkenal, pelanggan-pelanggan penuh dalam kedai sedang menjamu selera. Jadi, kami kena tunggu sebentar, bila ada meja kosong baru boleh duduk.
Menu makan kami pada hari tu ialah nasi putih, Sup Belut, Belut Patprik, Belut Goreng dan sayur.

Ini rupanya masakan belut patprik. Berkuah dan ada campuran sayur.



Yang ini pula, belut goreng kunyit...sedap  sebab belut tu digoreng garing 
dengan bawang dan cili padi.



Tapi yang paling istemewa dan sedap ialah sup belut. Ikan belut itu dipotong pendek-pendek( lebih kurang 2cm) rasanya manis dan lembut. Kuah supnya dicampur lada hitam. Bila dihirup kita dapat rasakan lada hitam yang harum dan semestinya pedas!. Memang puas makan sup pada hari itu..sampai peluh meleleh penangan lada hitamnya. 
Lain kali kalau datang ke Kelantan, pasti akan ku cari kedai ini untuk sup belut lada hitam yang special tu.