Jumaat, Mac 30, 2012

Dirantai pada tiang kerana ponteng sekolah main internet..


BATTAMBANG -  Seorang bapa di Kemboja merantai leher seorang anak lelakinya pada sebatang tiang kayu elektrik di sini bagi menghukum remaja berkenaan yang ponteng sekolah untuk bermain permainan Internet, kata polis semalam.

Remaja berusia 13 tahun itu dirantai pada tiang elektrik sekitar dua jam.

Jirannya kemudian menghubungi pihak polis yang tiba di tempat kejadian bersama seorang tukang kunci untuk membebaskan mangsa.

"Si bapa amat marah apabila menemui anak lelakinya di sebuah kafe Internet dan bukan di sekolah sehingga dia sanggup merantai anaknya di khalayak sebagai pengajaran," kata Timbalan Ketua Polis Battambang, Cheth Vanny.

Menurutnya, mangsa turut dipukul oleh bapanya.

Bapa berusia 40 tahun itu, Sok Thoeun yang bekerja sebagai pemandu teksi motosikal melarikan diri selepas insiden berkenaan yang berlaku pada Selasa lepas.

Dia kini diburu polis kerana melakukan penderaan terhadap kanak-kanak.

"Dia sedang diburu, penderaan seperti ini menyalahi undang-undang," tambahnya lagi.

Sumber : AFP

Ahad, Mac 04, 2012

Betulkah cara sembelih ayam tu?

Sebenarnya bukan mudah untuk menyembelih binatang supaya halal dimakan. Kebanyakan  orang ambil mudah soal sembelih ini, asalkan ada kesan sembelih dan binatang itu mati, dah cukup. Yang amat penting hendaklah dipastikan bahawa  adakah sembelihan itu mengikut hukum syarak atau tidak.

Baru-baru ini, satu kursus sembelihan telah diadakan di kawasan perumahan kami. Aku pun turut serta kerana ingin mendalami bab mengenai sembelihan yang betul dan mengikut syarak (walupun dah selalu sembelih ayam).

Peserta Kursus Sembelih sedang mendaftar
Ramai juga yang menyertai kursus sembelihan pada hari tersebut. Sebelum membuat praktikal sembelih ayam, setiap peserta perlu mendengar taklimat oleh Tuan Haji Jamaludin (Pegawai dari Jabatan Agama Islam Negeri Kedah).

Menurut  Hj. Jamaludin, ilmu sembelih ini adalah fardhu kifayah, kerana dengan ilmu ini kita dapat menyediakan makanan yang halal kepada orang Islam. Setiap makanan halal yang dimakan oleh orang, tukang sembelih akan dapat pahala.
Hj. Jamaludin membuat demontrasi cara mencari urat halkum pada leher ayam
Binatang yang disembelih dengan betul dan halal dimakan akan menjadikan iman kita bertambah kukuh dan tidak mudah melakukan maksiat. Selain dari itu, rezeki kita juga menjadi berkat ,sentiasa cukup dan memadai untuk keluarga. Memakan makan yang halal juga akan menjadikan hati kita lembut. 


Peserta kursus sedang menyembelih ayam dengan diawasi ole Hj. Jamaludin
Tujuan sembelihan ialah untuk melepaskan nyawa binatang sembelihan dengan mudah dan tidak menyeksakan. Sembelihan hendaklah dilakukan di bahagian leher dan jangan mencabut bulu-bulu pada leher ayam itu (menyakitkan binatang). Pisau pula perlulah tajam dan sesuai untuk menyembelih.


Selepas selesai semua peserta melakukan sembelihan, sijil-sijil dikeluarkan sebagai tanda telah mengikuti kursus tersebut. Selepas ini, rasanya lebih yakin lagi bila nak melakukan sembelihan ( sembelih ayam je, lembu belum berani lagi!)