Rombongan kami yang balik dari Johor Bahru singgah di pekan Ayer Hitam atas permintaan ramai. Bila sampai, kami pun masuk dari satu kedai ke satu kedai. Tapi tak ada siapa pun yang beli lagi, sebab tak ada yang berkenan kot.
Banyak betul pasu-pasu yang berbagai bentuk dipamerkan sampai tak tau mana satu nak pilih. Memang pasu seramik di sini harganya agak murah kalau dibandingkan dengan tempat lain. Tidak semua pasu-pasu seramik ini dibuat di Ayer Hitam kerana ada juga pasu yang diimport dari China dan Vietnam.
Tabung duit yang dihasilkan dalam berbagai bentuk dan warna yang menarik.
Dihadapan deretan kedai pasu, terdapat pula gerai-gerai yang menjual beraneka jenis kerepek. Setiap jenis kerepek dibungkus seberat 500gm dan dijual RM10 bagi 3 peket. Selepas membeli kerepek di gerai ini, barulah tahu kilang kerepek terletak di lorong belakang dan harganya lebih murah!
Setelah sejam meronda-ronda, inilah hasilnya yang nak dibawa balik ke rumah.
Borong sakan nampaknya... sampai penuh dua belah tangan.
Ye lah, bukan selalu boleh sampai ke Ayer Hitam.








en.mama org johor !!..pernah juga ke air hitam bila balik kg..sekarang tukar ke nilai 3 N9 pulak,rasa kat sini pun murah juga !!
BalasPadam@mama aini: Memang betul tu mama aini....sekarang kat Nilai 3 pun dah banyak pasu-pasu.
BalasPadamsalam en, sye mmg nk cari pasu2 seramik yg de tiang kt bwh dia (pic nombor 5 dr atas)... dh cr kt nilai 3 pasu nie xde... saya nk tnye pic pasu kt atas tu yg latest ke? klu sye pegi ayer hitam dlm weekend nie, agak2 de lg x pasu yg tu.
BalasPadam@awanicha: Pic pasu tu masa saya ambil semasa pergi bulan Dis 2011 yg lalu. Saya rasa masih ada lagi, kena cari kat kedai yg sebelah atas. Hrp awak akan dpt apa yg dicari.
Padam