Sabtu, Disember 10, 2011

Menikmati Satay Kajang Hj. Samuri

Assalamualaikum...

Entri kali ini nak cerita mengenai  makan pula, kerana baru-baru ini singgah di Kajang. Sebut saja Kajang, terus akan teringat satay Kajang. Memang satay Kajang telah lama terkenal kerana keenakannya dan dagingnya yang agak besar dari satay yang kita makan di tempat kita. Ramai orang yang datang ke Kajang semata-mata nak rasa keenakan satay Kajang ini.

Satay adalah makanan tradisi orang Indonesia sebenarnya. Mengikut sejarah, satay  ini diperkenalkan sebelum perang dunia kedua iaitu pada pada 1916 oleh dua orang perantau Indonesia yang datang ke Kajang. Pada masa itu satay dijual di tepi jalan dengan mengandar tempat membakar satay seperti dalam filem-filem P. Ramlee dulu. Terdapat lebih kurang 10 peniaga satay di Kajang dan kebanyakan mereka adalah bersaudara. Satu daripada pengusaha satay yang terkenal ialah Hj. Samuri. Restoran Hj. Samuri di Kajang ini terletak di Jalan Stadium. Restoran ini besar, dua tingkat dan ada bilik atau ruang makan yang berhawa dingin.




Betul ke satay Kajang ni sedap?. Memang betul sedap tapi tidak sesedap 10 tahun yang lalu. Mungkin kerana sekarang ni satay dibuat dengan kuantiti yang banyak, rasanya telah "kurang uumph" daripada dahulu.


Keenakan satay Kajang ini bergantung pada kuah kacangnya. Bagi yang suka pedas, disediakan sambal yang perlu kita campurkan sendiri mengikut kesukaaan masing-masing. Set nasi himpit dan timun kena order berasingan.


Satay yang disediakan di sini ada bermacam jenis selain satay ayam, satay lembu,satay perut dan satay rusa pun ada. Hari tu kami order satay ayam dan sedikit satay lembu kerana satay ayam lembut sedikit dagingnya (sesuailah untuk orang yang tak ada gigi).


Waktu kami datang tu, pelanggan agak ramai juga, meja ditingkat bawah penuh. Jadi kami naik ke tingkat atas. Mula-mula kena order minuman dulu sambil "penaja" kami order satay. Memang hari itu  kami makan satay free kerana  ditaja oleh ketua rombongan kami. Minuman kena bayar sendiri!


Laju betul kami makan, satay yang penuh dalam pinggan tu sekejap saja habis. Memang kuah kacangnya sedap sangat, sampaikan ada kawan yang menghirup kuah itu dari mangkuk!



Tak sampai setengah jam, semua satay dan nasi himpit selesai dimakan. Lihatlah pinggan-pinggan kosong yang  tersusun. Semua puas hati dan perut pun kenyang.

Selain di Kajang, satay Hj Samuri boleh juga didapati di R&R Dengkil dan Sungai Buloh ( tapi satay di R&R tu tak sesedap di Restoran di Kajang ni..dah pernah cuba dulu).
Ada lagi 17 cawangan Satay Hj Samuri iaitu  disini

8 ulasan:

  1. .....sekarang dah okay sikit..dah banyak kerusi (tmpat duduk),suatu masa dulu..terutama hujung bulan..ho ho ho..beraturlah....kita x siap lagi tapi ada yang dah berdiri blkg kerusi kita.. 'booking' tempat...ha ha ha dahsyatnya penangan satay kajang...skang pun dah banyak francais.....tapi aura makan di kajang tetap BEST!!!

    BalasPadam
  2. @mamaijat Betul mamaijat, makan satay di Kajang lebih sedap daripada cawangan-cawangannya.

    BalasPadam
  3. Salam perkenalan...saya pun asal Baling jugak.
    Pernah sekali makan satay samuri kat kajang...selalunya makan kat R&R Awan Besar je...

    BalasPadam
  4. @Shaiful: Terima kasih...salam kenal.
    Makan kat kajang tak sama rasanya dari makan kat R&R.. di sana lebih sedap!

    BalasPadam
  5. salam kenal..terliur tgk satay kajang haji samuri ni..saya adalah salah seorang penggemarnya..ari tu saya pun buat entry tentang satay ni..he2x..cawangan dia kat komplek PKNS shah alam..thanks ya !!!..

    BalasPadam
  6. @mama aini: Terima kasih kerana singgah di blog saya...memang satay Kajang terbaaik.

    BalasPadam
  7. Baru jer upload gambar2 masa makan kat satay hj samuri branch shah alam baru2 ni. Satay nye bolih la tahan 70sen sebatang tapi kuah dan sambal dia yang lain dari yang lain. Senang2 tu singgah la yer blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal review tempat2 makan menarik yg saya pegi....nanti jgn lupa follow yer blog saya TQ TQ TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ Papa NtiQ kerana singgah kat sini. Makan satay Hj Samuri kat Kajang lebih sedap dari makan kat branch. Pernah mkn kat branch Sg Buloh, tapi tak sedap!

      Padam