Sabtu, Disember 31, 2011

Duit Syiling Baru Malaysia Tahun 2012

Mulai Januari 2012, Bank Negara Malaysia akan memperkenalkan duit syiling baru dengan rekaan terkini. Duit syiling yang diperkenalkan  ialah duit syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.


Siri baharu duit syiling ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Duit syiling berwarna kuning dan perak ini juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan dengan lebih baik jenis-jenis duit syiling yang berlainan.


 Duit syiling 50 sen berwarna kuning dan mempunyai motif sulur kacang dan empat belas titik melambangkan 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan. Motif sulur kacang  amat terkenal kerana sering digunakan oleh  para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak.










 

Duit syiling 20 sen berwarna kuning dan memaparkan motif Bunga Melur. Terdapat juga empat belas titik dan lima garisan mendatar. Garisan itu melambangkan lima Rukun Negara.






Duit syiling 10 sen baharu mengabadikan seni warisan ini dalam bentuk corak anyaman unik suku kaum Mah Meri di Semenanjung Malaysia.. Rekabentuk muka belakang masih seperti duit syiling yang terdahulu iaitu bunga raya.









Bagi duit syiling 5 sen, motif yang diparkan ialah Destar Siga. Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. 


Sumber : Bank Negara Malaysia






1 ulasan:

  1. kalau dilihat dari sudut "appearance" nya memang hebat syiling tu...ayuh lihat pula dari sudut "material"nya apakah ianya tidak merupakan satu mesej yang menjelaskan keadaan ekonomi negara yang semakin goyah ...

    BalasPadam