Jumaat, November 25, 2011

Berkunjung ke Pasar Karat di JB

Pasar Karat.... Apa tu?....

Baru-baru ni ada kesempatan berkunjung ke JB dan singgah di Pasar Karat. Teringin sangat nak tengok sendiri suasana di pasar karat tu. Sebenarnya perniagaan di sini telah lama wujud dan hanya beroperasi pada waktu malam sahaja. Banyak betul gerai-gerai jualan yang terdapat di sini sampai lenguh juga kaki berjalan kalau nak tengok semua. 



En. Asmadi mencuba cincin sambil diperhati dengan penuh minat oleh En.Nasir...

Pasar malam ini digelar Pasar Karat kerana di sinilah peminat barang antik mencari barang-barang lama yang sukar diperolehi.  Selain daripada  barang-barang antik, di sini juga menjual barangan terpakai yang masih berkeadaan elok.


En. Ismail mencuba lampu picit yang boleh di charge semula. Beli..jangan tak beli.
Kebanyakan peniaga di sini adalah anak-anak muda tempatan .  Pasar Karat menjadi tumpuan ramai kerana ia sebenarnya bukan sahaja menjual barang-barang lama tetapi juga barangan keperluan harian yang lain seperti kain baju, selipar, kasut , alatan elektrik, eksosari perhiasan dan beg tangan.


Pasar Karat  di JB ini seperti juga   uptown dan downtown di Kuala Lumpur tetapi berbeza  suasana mengikut citarasa masyarakat Johor Bahru sendiri.


Zaina  membelek seterika arang..tanya macama-macam kat pakcik tu, tapi tak beli pun..
Bagi yang suka barang-barang antik, tentu akan rasa teruja melihat barangan yang sukar didapati masa kini. Namun kalau nak beli kena pandai menawar harga. Misalnya, seterika lama tu diletak harga  RM700!


Setiap barang antik, ada ceritanya tersendiri. Kalau rajin bertanya, penjual itu akan bercerita sejarahnya dan bagaimana dia mendapat barangan antik itu.


Nak rasa masakan ala Indonesia...cuba singgah di gerai ni..

Selepas berjalan-jalan, perut pun terasa lapar. Jangan bimbang terdapat deretan gerai-gerai makan di pasar ini. Nak makan apa...nasi goreng, keutiau kerang, laksa, mee malah ayam penyet pun ada.

3 ulasan:

  1. Wah best, berpeluang ke sana, walau sudah lama saya mendengar cerita tentang pasar karat ni, namun masih tidak berpeluang untuk ke sana. :) Bazar Karat ade laa

    BalasPadam
  2. @sox_vocter: Terima kasih kerana komen anda. Memang menarik pasar karat tapi saya lihat "Bazar Karat" kamu pun best juga...

    BalasPadam
  3. Wah Mei saya duduk kat JB pun tak pernah sampai, macam Singapore juga jarang pergi sebab anak-anak pun dulu ajak ke Singapore waktu cuti semuanya pilih balik rumah atok di Kupang nampaknya bagi anak-anak saya Kupang lebih istimewa

    BalasPadam