Rabu, September 14, 2011

Selepas Ramadan, Anak-anak Yatim dilupakan!



Bulan Ramadan dianggap sebagai bulan rezeki bagi anak-anak yatim kerana bulan mulia itu banyak badan korporat mahupun agensi kerajaan meraikan dan menghulur sumbangan kepada mereka. Hampir setiap hari dalam bulan Ramadan, anak-anak yatim dibawa untuk majlis berbuka puasa sama ada di restoran atau hotel 4 atau 5 bintang.

Ada cerita lucu yang berlaku di sebuah rumah anak-anak yatim di sini . Terdapat dua orang korporat menghubungi penjaga rumah anak yatim kerana hendak menaja majlis berbuka puasa di hotel kepada anak-anak yatim tersebut, tetapi kedua-duanya memilih tarikh yang sama. Penjaga rumah anak-anak yatim itu meminta supaya salah seorang korporat itu mengubah tarikhnya. Namun kedua-dua berkeras untuk memilih tarikh yang sama. Apa nak buat lagi, terpaksalah penjaga rumah anak-anak yatim itu masuk ke kampung-kampung mencari anak-anak orang susah bagi mencukupkan bilangan bagi dihantar kepada kedua-dua majlis berbuka puasa tersebut!.

 Namun, apabila berakhirnya bulan Ramadan, anak-anak yatim ini bagaikan dilupakan dan sumbangan bantuan sudah mula berkurangan dan tidak menggalakkan lagi. Sebenarnya apa yang diperlukan oleh anak-anak yatim ini ialah bantuan dan sokongan yang berterusan supaya mereka boleh mneruskan kehidupan seperti kanak-kanak lain.

1 ulasan:

  1. Agaknya mereka yang membantu nak mengejar bonus pahala dalam bulan Ramadhan saja.Bulan2 lain ada pahala saja.Samalah macam solat.Bulan Ramadhan,surau dan masjid penuh dengan jemaah yang berebut2 mengerjakan ibadah sunat sedangkan ibadah wajib macam lompat katak.Seharusnya kita beribadah sama ada solat,derma.bersedekah dilakukan dengan ikhlas sepanjang masa tanpa mengharapkan ganjaran pahala.Biarlah kita tidak tahu banyak mana pahala yang bakal kita terima dan kita ada.

    BalasPadam