Jumaat, September 16, 2011

Penumpang Bas Wajib Beli Insurans..pulak dah!



YAN - Persatuan Pemandu Bas Semenanjung Malaysia (PPBSM) mencadangkan supaya setiap penumpang bas ekspres dilindungi insurans individu bagi memastikan mereka mendapat pampasan sewajarnya jika berlaku kemalangan jalan raya.

Pengerusi PPBSM, Sa'adan Man  berkata, cadangan itu bagi memastikan setiap penumpang mendapat perlindungan sewajarnya selain mereka tidak lagi menyalahkan atau menuntut ganti rugi daripada syarikat bas di kemudian hari. Katanya, melalui cadangan itu, setiap penumpang akan diminta membeli insurans dengan membayar tambahan RM1 daripada harga tiket.

"Melalui cara ini, para penumpang akan dilindungi dengan insurans termasuk daripada aspek perubatan," katanya pada sidang akhbar .

Sehubungan itu, Sa'adan berharap kerajaan dapat mempertimbangkan perkara tersebut dengan mewajibkan semua syarikat bas ekspres menyediakan insurans untuk dibeli penumpang dalam masa terdekat.
Menurutnya, dengan adanya insurans itu, syarikat bas tidak lagi dibebani dengan tindakan saman atau tuntutan ganti rugi yang dilakukan mangsa kemalangan atau pihak keluarga.

Sumber : Kosmo Online

p/s: Nak elakkan syarikat bas tanggung beban, penumpang bas pula yang kena tanggung!

6 ulasan:

  1. Apa yang difahami selama ini,setiap pengangkutan awam ada insurans untuk penumpang.Ini apa ceria pulak? X lama lagi teksi,kapal terbang,feri dll pun kita kena ambil insurans.

    BalasPadam
  2. @jasa:Kita sebagai pengguna ni selalu terkena. Patutnya tauke bas yang tanggung.

    BalasPadam
  3. @Akak:Itu baru cadangan sebelah pihak, kerajaan belum buat keputusan lagi.

    BalasPadam
  4. Kekadang kerajaan pun tak dapat kata apa2.Contohnya Astro.Kerajaan baru nak kaji tapi pengguna dah bayar caj baru.

    BalasPadam
  5. http://www.granniebanana.com

    BalasPadam