Selasa, September 13, 2011

Patutkah Tragedi 11 September Di Ingati?

Pada 11 September 2001, World Trade Centre di New York telah runtuh ranap dirempuh oleh kapalterbang. Seramai 3,000 orang telah terkorban dalam tragedi yang dahsyat itu. Presiden Amerika ketika itu, George W. Bush, dengan segera mendakwa kumpulan militan Al-Qaeda  melakukan serangan ke atas WTC itu.

Pada setiap tahun, Amerika Syarikat akan memperingati peristiwa 11 September ini. Media Barat dengan bijak memainkan peranan dengan memberi publisiti tentang kejadian ini  dan meraih simpati masyarakat dunia. Disamping itu pula melabelkan  orang Islam (Kumpulan Al Qaeda) sebagai 'pengganas'. Hasil mainan  rangkaian media Barat yang berpengaruh, seluruh dunia melahirkan  simpati kepada 3,000 orang yang terkorban itu.

Tetapi adakah ini adil?

Cuba fikirkan peristiwa ini pula.

Amerika dengan alasan memerangi keganasan telah menceroboh Afghanistan selepas peristiwa 11 September itu . Beribu orang rakyat Afghanistan terkorban. Dua tahun selepas itu , Amerika menceroboh Iraq pula, ratusan ribu rakyat Iraq yang tak berdosa terkorban. Wanita, kanak-kanak dan orang tua dibom dengan kejam.  Media Barat memainkan isu Iraq menyimpan senjata nuklear supaya mewajarkan serangan mereka kepada rakyat Iraq.

Apakah diadakan  satu hari untuk memperingati mereka yang terkorban ini?

p/s : Inilah double standard yang diamalkan oleh dunia Barat!

2 ulasan:

  1. Daripada ingat peristiwa ni,lebih baik ingat tarikh 26 Disember;Tsunami yang berlaku di negara kita.Sekurang2nya boleh juga kita insaf.

    BalasPadam