Isnin, September 12, 2011

Jangan Guna Perkataan "Salam" Dalam SMS

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"?

Apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)

Lebih baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...
Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar Radio Ikim (91.50 fm),Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah SAW. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.
Menurut Ustaz Zawawi Yusof, Baginda Rasulullah SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”.
Jika yang ringkas, baginda akan memberi salam dengan ucapan - “Assalamualaikum” dan menjawab salam dengan “Wa’alaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh

Satu lagi yang perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, Saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat. Cara menjawab salam yang betul ialah ;
WA’ALAI KUMUS SALAM” dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu “WAALAI KUM SALAM

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata begini,
Kirim salam, assalamualaikum pada Asri ye” bukannya “Kirim salam kat Asri ye”
Jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Kau tolong kirim salam maut kat dia yer“. Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sama-samalah kita memberitahu rakan-rakan kita yang selalu sangat menggunakanguna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email mereka. Perkataan ‘Akum‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan Yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”
* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.
* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya
Sumber: Studio.muslim

Dipetik dari fb yang ditag kepada saya.

1 ulasan:

  1. Syabaas ! Ilmu yang berguna untuk kita amalkan.Kekadang apa yang kita ikut kita tak sedar bahawa ianya salah.Sebab tulah kalau nak belajar kena cari sifu bertauliah.

    BalasPadam