Isnin, September 19, 2011

Hina Ayat Suci Tanpa Sedar

 AYAT SUCI...Rahmat menunjukkan antara bahan bacaan mengandungi 
ayat al-Quran yang tidak sepatutnya diletakkan merata tempat.


KAJANG: Sikap sesetengah umat Islam memandang remeh ayat al-Quran yang ditulis di kad jemputan perkahwinan atau di cakera padat (CD) agama dengan meletakkannya di merata tempat secara tidak langsung melakukan penghinaan terhadap ayat suci itu.
Walaupun hanya tertera kalimah Bismillah dalam bahasa Arab di kad jemputan perkahwinan maknanya tetap sama, sekali gus perlu mendapat penghormatan seperti kitab al-Quran dan jika mahu dilupuskan ia mesti melalui tertib tertentu.

Pengurus Percetakan Saufi yang menguruskan tempat pelupusan al-Quran, Rahmat Mahdan, berkata selain al-Quran, ada di kalangan umat Islam terlepas pandang petikan ayat suci itu yang ditulis di tempat lain seperti barang perhiasan, seramik, jam dinding, pinggan, sejadah atau kaset agama.
Al-Quran ialah mukjizat yang diturunkan Allah kepada Rasulullah SAW, jadi dalam apa juga bentuk ia mesti dihormati dan dimuliakan kerana darjatnya yang tinggi.

“Misalnya dalam CD agama yang mengandungi bacaan al-Quran, sewajarnya ia dihormati sama seperti kitab, namun ramai di kalangan kita tidak mengambil berat soal ini sehingga dibuang atau diletakkan di tempat tidak sepatutnya. Kalau kad kahwin seeloknya ditulis terjemahan al-Quran bagi mengelak ia dibuang di merata tempat selepas habis kenduri,” katanya yang ditemui di Batu 9, Cheras, di sini, baru-baru ini.

Sumber : Harian Metro

1 ulasan: