Selasa, Ogos 02, 2011

Fish Farm di Kilim Geoforest Park :#3

Sambungan entri yang lalu..

Aktiviti seterusnya dalam pakej melawat Kilim Geoforest Park nin  ialah melihat Fish Farm, tempat ikan yang dibela dalam sangkar. Tempat ini tak berapa besar tapi banyak juga ikan yang dibela dalam sangkar

Pelantar tempat membela ikan ini dibina di atas tong-tong plastik yang disusun rapat-rapat. Selain sangkar ikan, terdapat juga restoran di sini. Hidangan di restoran itu tentulah makanan laut seperti ikan bakar, udang, sotong dan ketam. Tapi harus diingat ,mesti sediakan bajet yang mencukupi jika nak makan di sini.
 


Apabila kami sampai, seorang remaja lelaki menyambut kami dan seterusnya membawa kami ke kawasan sangkar ikan. Dia bertindak sebagai pemandu pelancong kepada kumpulan kami sambil menerangkan nama-nama ikan yang dibela di situ.


Kami seterusnyaditunjukkan sangkar ikan pari . Ikan -ikan  pari itu berada ditepi sangkar seolah tahu ia akan diberi makan. Remaja lelaki tadi memberi sepotong ikan dan disuapkan ke mulut ikan pari.

Ikan-ikan  pari itu agak besar juga ( jenis yg berwarna hitam) kelihatan sangat jinak dan akan mendekati jika dihulurkan tangan ke dalam air. 





Selain ikan pari, ada ikan jenahak yang seberat 20kg, ikan haruan tasik dan beberapa jenis ikan laut yang selalu kita jumpa di pasar.

4 ulasan:

  1. Selalu dok p Langkawi nih...tapi tak pernah la pulak singgah di sini...rasa2 macam syok nih. Nanti boleh singgah p tengok.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..Salam ramadhan....Jutaaan terima kasih...cantik tempat tuan tu.

    BalasPadam
  3. @tebuanelok sangat melawat tempat tu..alami sendiri memang best

    BalasPadam
  4. @Kampung Balimbang : Terima kasih juga... jika ada peluang pergilah ke Langkawi dan alami sendiri.

    BalasPadam