Ahad, Julai 31, 2011

Eagle Feeding di Kilim Geopark : #2


Sambungan entri yang lalu...

Untuk melihat helang makan , pemandu bot membawa kami ke satu kawasan air yang tenang. Jaraknya lebih kurang 3 kilometer dari jetty. Pada mulanya, tidak nampak seekor pun helang yang terbang di situ.




Selepas itu, pemandu bot mengeluarkan perut ayam, kulit ayam dan beberapa ketul daging. Semua itu di taburkan dalam sungai dari bahagian belakang bot. Hairan juga, bolehkan burung helang nampak semua benda itu? Bila ditanya kepada pemandu bot, dia hanya ketawa dan berkata mata burung helang boleh nampak.


Selang beberapa minit, kelihatan beberapa ekor helang mula bertegar-legar di kawasan itu. Betullah apa yang dikatakan oleh pemandu bot itu, burung helang mempunyai deria penglihatan yang tajam dan mampu melihat dari jarak 2 - 3 kilometer.




Selepas selesai menabur perut-perut ayam , bot kami beredar ke belakang sedikit kira-kira 10 meter dari tempat itu. Kelihatan seekor helang turun mendapatkan makanan tadi. Tak sampai 2 minit, berpuluh-puluh ekor burung helang terbang rendah mencecah air menyambar perut ayam yang ditabur tadi.


Inilah kali pertama dapat melihat burung helang dari jarak dekat. Pemandangan yang sungguh menakjubkan. Helang-helang ini tak besar sangat seperti di Amerika, saiznya sebesar ayam jantan.



Pengalaman melihat helang makan secara dekat sangat menarik sekali. Helang-helang itu nampak macam jinak sahaja. Bila aku lihat ke atas, beratus ekor helang yang berlegar-legar untuk turun menyambar makanan. Hampir setengah jam kami di situ, supaya kami dapat mengambil gambar sepuasnya, kata pemandu bot.
Aku ingin cadangkan kepada sesiapa yang ke Langkawi, cubalah pakej Kilim Geoforest ini. Pasti akan mengalami suatu pengalaman yang cukup mengagumkan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan