Khamis, Jun 02, 2011

Teringat Pulau Pinang

Sudah hampir setahun tidak berkunjung ke Pulau Pinang. Selalunya kalau aku ke sana, aku suka  melalui jambatan Pulau Pinang . Melalui jambatan lebih  cepat dan tak payah queue untuk tunggu feri.

Tapi kali ini  aku nak naik feri pula. Sebenarnya seronok dan ada kelainan bila naik feri ni. Kita boleh relax dan ambil angin sambil hilangkan letih memandu. Semua feri yang menuju Pulau Pinang menggunakan nama pulau pada feri itu. Contohnya feri "Pulau Angsa', Pulau Tioman" dan lain-lain lagi.


Bila naik feri, teringat kisah lama dulu masa belum ada jambatan ( jambatan  dibina tahun 1985).  Masa tahun 70an, kalau ke Pulau Pinang mesti kena naik feri. Tak ada cara lain dah.



Pada masa tu, Pulau Pinang adalah pulau bebas cukai. Ramai lah orang suka pergi melancong dan membeli belah terutama masa dekat nak hari raya. Selalunya bila orang (perempuan terutamanya) pergi Pulau Pinang mesti beli kain batik(batik jawa) dengan banyaknya kerana harganya yang murah. Aku pula akan ke Penang Road beli seluar jeans Levis. Kedai yang menjadi tumpuan untuk beli seluar jeans ialah kedai Pitchay Gurney (masih ada lagi sekarang ni).

Masa nak balik, ada kastam di jeti akan periksa barang-barang yang kita beli untuk dicukai. Macam-macam taktik digunakan untuk mengelakkan cukai kain batik. Ada orang perempuan yang masa pergi, kurus je tapi bila balik dah jadi gemuk…sebab sorok kain batik dalam baju sampai 7ke 8 helai.

Itu cerita dulu, sekarang Pulau Pinang bukan lagi bebas cukai.

Nama jalan kat Penang ada yang pelik-pelik. Banyak nama orang putih, nama Cina dan India. tapi aku suka nama jalan ni…..Love Lane (Lorong Cinta).


Satu lagi, kalau  pergi Penang tak makan nasi kandar, tak sah. Tempat makan yang paling aku suka ialah Nasi Kandar Line Clear, dekat simpang Chulia Street dan Penang Road. Kalau time tengah hari, kena beratur panjang untuk dapatkan nasi kandar. Ada yang sanggup beratur dalam panas terik!


Kedai nasi kandar ni cukup terkenal,lokasinya cuma tumpang tepi kedai. Tetapi pelanggan  cukup ramai tak kira masa. Kebanyakannya adalah regular customer, tak kira Melayu, Cina, India dan juga orang putih. Sudah banyak kali masuk TV dan surat khabar.
Bila kita order nasi ke, minuman ke, pekerjanya akan jawab " line clear!". Sebab itulah nama kedai ni Line Clear (aku agak je)

Inilah nasi kandar yang membuatkan orang sanggup beratur dalam panas terik. Dengan lauk telur dadar, kari ikan dan kacang bendi , membuat menitik air liur. Siapa yang yang makan sekali, tentu akan datang lagi.

7 ulasan:

  1. Salam kunjungan... blog menarik.. senang2 singgah la ke blog saya
    ;)

    http://www.zuwairiaiman.com

    BalasPadam
  2. Menarik Saudara Mie...banyak pengalaman yg dpt di kongsi...tahniah. Bukan senang nak tekun menulis macam ni..

    BalasPadam
  3. Salam,
    Bang x pernah mkn lg nasi kandaq tu.. teringin nak mkn.. ntah bila la dpt mkn.. huhuuhu..

    BalasPadam
  4. ASSALAMMUALAIKUM TUAN BLOG

    Lea baaru balik dari penang bulan 5 lepas. dekat sejam jugaklah beratur dekat Nasi Kandar Line Clear .Tapi bila dah dapat makan, syoknya.....Tampat yang wajib dipergi bila g Penang

    BalasPadam
  5. Memang syonok Pulau Pinang Masa Dulu,tahun 60-an,70-an dan 80-an.Tahun 60-an saya pi Penang Road naik Bas Elektrik (Satu tingkat ada,dua tingkat pun ada).Kadang2 bas tengah bergerak,tetiba berhenti pasai galah kabel elektrik tergelincir drp kabelnya.Kondaktor bas kena jolok pebetul balik baru boleh bergerak.Ada satu tahun 60-an jg saya ikut serta perarakan Maulud Nabi dari Masjid Keling ke Stadium Bandar Raya.Dalam perjalanan,selipar dipijak orang.Berkaki ayam la jawabnya.Umuq baru 9 tahun ikut ayah.Buah hati ayah katakan.Dari 60-an hingga 80-an Kassim Kasi Kandar di Simpang Enam memang popular.La ni ada lagi.Tapi sekarang ni Kassim Mustafa Nasi Kandar Chulia Street cukup popular.Tiap2 hari nak makan kena berbaris satu gerabak kereta api punya panjang.Sedap berbaris dan sedap makan.Duit pun sedap jg.Kalau nak cerita bab Penang,banyak lg sbb saya peranakan Penang.Nanti boleh karang dalam blog.

    BalasPadam
  6. Ralat: Kassim Nasi Kandar BUKAN Kassim Kasi Kandar.Maaf.

    BalasPadam
  7. @jasa: Best la cerita Cg Jaafar tu. Buat la satu entry dalam blog pasai nostalgia di Pulau Pinang...tak sabaq nak baca!

    BalasPadam