Isnin, Jun 27, 2011

Singgah di Teluk Intan

Pada minggu lepas , aku bersama seorang kawan pergi ke Teluk Intan, Perak. Memang sudah agak lama tak ke Perak. Sesampai di Teluk Intan, hari telah hampir malam. Aku terus check in di Grand Court Hotel yang baru beroperasi. Menurut pekerja hotel tu, premis ini baru dibuka pada bulan April lalu. Rate biliknya tak mahal, selepas discount, bilik twin sharing cuma RM102 sahaja.

Selepas berehat dan membersih diri, aku keluar ke pusat bandar mencari makanan. Pusing-pusing mencari tempat makan, akhirnya berhenti dekat menara condong Teluk Intan. Ada banyak gerai makan kat situ.

 Semasa makan di gerai makan berhampiran, aku perhatikan pemandangan menara condong itu cukup cantik dengan lampu yang berwarna-warni. Orang Teluk Intan panggil menara condong ni "Jam Tinggi"

Rupa-rupanya warna lampu pada menara itu bertukar warna setiap minit. Dari warna biru bertukar kuning, kemudian merah dan hijau. Perubahan warna lampu itu membuatkan aku terpesona dan enggan mengalih pandangan ke arah lain. Menurut cerita, menara yang berciri binaan Cina ini dibina pada tahun 1892.

Menurut cerita lagi, selain terdapat jam besar ,terdapat juga tangki air di atas menara ini. Namun begitu tangki air itu tidak berfungsi lagi buat masa ini. Manakala jam besar masih berfungsi dan akan berbunyi setiap 15 minit. 

Dari luar, menara ini nampak seperti 8 tingkat, tapi yang sebenarnya cuma 3 tingkat sahaja. Kita boleh naik menara ini tetapi pada waktu siang sahaja,malam tak boleh naik. Nampaknya tak dapat nak naik menara ni kerana esok dah nak balik!

6 ulasan:

  1. aslkm

    Terimakasih kerana dtg ke rumah saya.
    Menarik kat Menara tu ya ,tak tau dan tak pernah tgk dia bercahaya mcm tu. Pernah dtg sekali kat sini.
    Terus menulis. OH Pengkalan kubor tu dulu antara tpt saya shopping..sbb suami org kelantan.

    BalasPadam
  2. salam

    cantik dan kreatif mereka ,

    kalau kat effiel tower di paris yang setiap jam akan berkelip lampu2nya yang berwarna warni di waktu malam ,

    yang penting menceriakan dan menjadi tarikkan

    BalasPadam
  3. mama ju: Terima kasih atas komen.
    Saya pun first time smpai Pengkalan Kubor. Selalunya pergi shopping kat Rantau Panjang

    BalasPadam
  4. rezeki: mungkin lampu menara tu pun ambil idea effiel tower kot..

    BalasPadam
  5. tak pernah lagi sampai sini..tp macam menarik je

    BalasPadam
  6. nice...ruginya tak sempat lihat menara ni waktu malam

    BalasPadam