Jumaat, Jun 24, 2011

Singgah di Pengkalan Kubor


Pada penghujung bulan Mei 2011 yang lalu, sekali lagi aku ke Kelantan. Kali ini pergi berama-ramai, penuh satu bas kerana mengiringi rombongan pengantin ke Wakaf Baru,Kelantan. Selalunya pergi dengan kereta, tapi bila naik bas ramai-ramai, rasa lebih meriah.

Masa tu cuti sekolah, banyak betul kereta dan bas yang menghala ke kelantan. Sampai di Bukit Bunga, nampak ramai betul orang. Sampai nak parking pun susah. Kiri kanan jalan penuh dengan kenderaan.

Semasa sampai di Rantau Panjang, kelihatan ramai penjual nenas di sepanjang jalan. Kami pun singgah kerana geram tengok nenas yang masak dan bersaiz besar. Bila turun bas, penjual terus potong buah nenas dan suruh kami rasa.
"Wow...manis betui nangnaih ni" kata Dami.
Harganya tak mahal sangat, RM5 dapat 3 biji , tapi kalau yang saiz besar, RM5 dapat la 2 biji.
Kira-kira pukul 1.00 petang, sampai ke Wakaf Baru, rumah pengantin lelaki. Rombongan kami yang mengiringi pengantin perempuan (gambar atas) berjalan kaki kerana jalan kecil, bas tak boleh masuk.

 Selepas makan kenduri, kerana hari masih awal lagi, bas kami terus ke Pengkalan Kubor. Ramai yang tak pernah pergi ke sana jadi elok sangatlah singgah di Pengkalan Kubor sebelum balik ke Kedah.

Kedai yang pertama masuk  ialah kedai pinggan mangkuk. Harga di sini agak murah juga kerana bebas cukai, tapi kalau dibandingkan di Langkawi lebih murah.
Kedai yang paling banyak ialah kedai kain baju. Baju-baju yang dijual semua berjenama tapi bukan ori, made in Thailand.

Dalam banyak-banyak kedai, ada satu kedai jual baju yang menarik nama kedainya... "Gedik Fesyen".

4 ulasan:

  1. saya tak sampai lagi ke kalantan.tak taulah bila nak sampainya

    BalasPadam
  2. mOnAlEa@ Banyak tempat menarik di Kelantan. Sekali datang, pasti nak datang lagi....

    BalasPadam
  3. hehee.. pacik pegi pgkalan kuboo.. try pulut ayam tak?? best3x.. hehee

    *bgs kan abg eqbal.zack.. dye follow semua flwr dye^^

    BalasPadam
  4. @ishiko.Ya, dah try pulut ayam.Memang sedap. Begitu juga pulut mangga..best!

    BalasPadam