Isnin, Jun 27, 2011

Singgah di Teluk Intan

Pada minggu lepas , aku bersama seorang kawan pergi ke Teluk Intan, Perak. Memang sudah agak lama tak ke Perak. Sesampai di Teluk Intan, hari telah hampir malam. Aku terus check in di Grand Court Hotel yang baru beroperasi. Menurut pekerja hotel tu, premis ini baru dibuka pada bulan April lalu. Rate biliknya tak mahal, selepas discount, bilik twin sharing cuma RM102 sahaja.

Selepas berehat dan membersih diri, aku keluar ke pusat bandar mencari makanan. Pusing-pusing mencari tempat makan, akhirnya berhenti dekat menara condong Teluk Intan. Ada banyak gerai makan kat situ.

 Semasa makan di gerai makan berhampiran, aku perhatikan pemandangan menara condong itu cukup cantik dengan lampu yang berwarna-warni. Orang Teluk Intan panggil menara condong ni "Jam Tinggi"

Rupa-rupanya warna lampu pada menara itu bertukar warna setiap minit. Dari warna biru bertukar kuning, kemudian merah dan hijau. Perubahan warna lampu itu membuatkan aku terpesona dan enggan mengalih pandangan ke arah lain. Menurut cerita, menara yang berciri binaan Cina ini dibina pada tahun 1892.

Menurut cerita lagi, selain terdapat jam besar ,terdapat juga tangki air di atas menara ini. Namun begitu tangki air itu tidak berfungsi lagi buat masa ini. Manakala jam besar masih berfungsi dan akan berbunyi setiap 15 minit. 

Dari luar, menara ini nampak seperti 8 tingkat, tapi yang sebenarnya cuma 3 tingkat sahaja. Kita boleh naik menara ini tetapi pada waktu siang sahaja,malam tak boleh naik. Nampaknya tak dapat nak naik menara ni kerana esok dah nak balik!

Jumaat, Jun 24, 2011

Singgah di Pengkalan Kubor


Pada penghujung bulan Mei 2011 yang lalu, sekali lagi aku ke Kelantan. Kali ini pergi berama-ramai, penuh satu bas kerana mengiringi rombongan pengantin ke Wakaf Baru,Kelantan. Selalunya pergi dengan kereta, tapi bila naik bas ramai-ramai, rasa lebih meriah.

Masa tu cuti sekolah, banyak betul kereta dan bas yang menghala ke kelantan. Sampai di Bukit Bunga, nampak ramai betul orang. Sampai nak parking pun susah. Kiri kanan jalan penuh dengan kenderaan.

Semasa sampai di Rantau Panjang, kelihatan ramai penjual nenas di sepanjang jalan. Kami pun singgah kerana geram tengok nenas yang masak dan bersaiz besar. Bila turun bas, penjual terus potong buah nenas dan suruh kami rasa.
"Wow...manis betui nangnaih ni" kata Dami.
Harganya tak mahal sangat, RM5 dapat 3 biji , tapi kalau yang saiz besar, RM5 dapat la 2 biji.
Kira-kira pukul 1.00 petang, sampai ke Wakaf Baru, rumah pengantin lelaki. Rombongan kami yang mengiringi pengantin perempuan (gambar atas) berjalan kaki kerana jalan kecil, bas tak boleh masuk.

 Selepas makan kenduri, kerana hari masih awal lagi, bas kami terus ke Pengkalan Kubor. Ramai yang tak pernah pergi ke sana jadi elok sangatlah singgah di Pengkalan Kubor sebelum balik ke Kedah.

Kedai yang pertama masuk  ialah kedai pinggan mangkuk. Harga di sini agak murah juga kerana bebas cukai, tapi kalau dibandingkan di Langkawi lebih murah.
Kedai yang paling banyak ialah kedai kain baju. Baju-baju yang dijual semua berjenama tapi bukan ori, made in Thailand.

Dalam banyak-banyak kedai, ada satu kedai jual baju yang menarik nama kedainya... "Gedik Fesyen".

Khamis, Jun 02, 2011

Teringat Pulau Pinang

Sudah hampir setahun tidak berkunjung ke Pulau Pinang. Selalunya kalau aku ke sana, aku suka  melalui jambatan Pulau Pinang . Melalui jambatan lebih  cepat dan tak payah queue untuk tunggu feri.

Tapi kali ini  aku nak naik feri pula. Sebenarnya seronok dan ada kelainan bila naik feri ni. Kita boleh relax dan ambil angin sambil hilangkan letih memandu. Semua feri yang menuju Pulau Pinang menggunakan nama pulau pada feri itu. Contohnya feri "Pulau Angsa', Pulau Tioman" dan lain-lain lagi.