Sabtu, Disember 11, 2010

Berjumpa Selepas 35 Tahun

Satu perkara yang paling aku suka ialah berjumpa semula kawan-kawan  lama. Tambahan pula kawan yang tak pernah jumpa selepas puluhan tahun. Kadang-kadang kita dapat jumpa kawan lama tanpa dirancang. Pernah dulu jumpa kawan lama di R & R Tapah. Rasa macam kenal, bila tegur barulah tahu memang betul kawan lama. Satu peristiwa, memandu ke Pulau Pinang dan hampir terlanggar kereta yang tiba-tiba keluar dari simpang. Aku keluar kereta dengan marah untuk menegur pemandu yang cuai itu. Bila pintu kereta itu terbuka, tak jadi marah. Rupanya kawan lama, kami berpelukan.


Gambar Tahun 1975, dari kiri, Shabdin Long, aku dan Abd Samad Md Isa

          Pada September 2010 yang lalu, aku dapat berjumpa dengan kawan lama aku Abd Samad Md Isa. Kami sama-sama belajar di Sekolah Menengah Khir Johari, Sungai Petani. 
Kami berjumpa pada tahun 1974 semasa sama-sama tinggal di asrama Sekolah Menengah Khir Johari. Aku berkawan baik dengan Samad kerana dia seorang yang peramah, bersopan dan bercakap dengan lemah lembut. Jarang sangat aku nampak dia marah atau bercakap kasar. Tentu dia masih  ingat guru warden asrama yang tegas, Cikgu Shahabudin (Allahyarham).
          Pada tahun 1975, kami sama-sama menduduki SPM. Selepas selesai paper yang terakhir, kami keluar ke Pekan Sungai Petani untuk mengambil gambar kenangan ( gambar di atas).  

Selepas 35 tahun, aku berjumpa semula dengan Samad. Aku menjemput dia makan kenduri di rumah aku. Dia memenuhi undangan aku dan datang bersama anak dan beberapa orang cucu. Turut juga hadir ialah Hasanudin, junior kami di SM Khir Johari.


Dari kiri, Hasanudin, Abd Samad, Aku dan Isteri

Dari kiri, Hasanudin, Samad, Sabri dan aku


Perjumpaan yang paling menggembirakan aku ini juga dirasai oleh Sabri (juga junior kami di SMKJ). Dia tinggal dekat dengan rumah aku dan paling banyak membantu aku masa buat majlis kenduri itu. 
Selepas 35 tahun, wajah dah berubah tapi tali persahabatan tetap tidak berubah.
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan