Sabtu, Disember 11, 2010

Berjumpa Selepas 35 Tahun

Satu perkara yang paling aku suka ialah berjumpa semula kawan-kawan  lama. Tambahan pula kawan yang tak pernah jumpa selepas puluhan tahun. Kadang-kadang kita dapat jumpa kawan lama tanpa dirancang. Pernah dulu jumpa kawan lama di R & R Tapah. Rasa macam kenal, bila tegur barulah tahu memang betul kawan lama. Satu peristiwa, memandu ke Pulau Pinang dan hampir terlanggar kereta yang tiba-tiba keluar dari simpang. Aku keluar kereta dengan marah untuk menegur pemandu yang cuai itu. Bila pintu kereta itu terbuka, tak jadi marah. Rupanya kawan lama, kami berpelukan.


Gambar Tahun 1975, dari kiri, Shabdin Long, aku dan Abd Samad Md Isa

          Pada September 2010 yang lalu, aku dapat berjumpa dengan kawan lama aku Abd Samad Md Isa. Kami sama-sama belajar di Sekolah Menengah Khir Johari, Sungai Petani.