Sabtu, Oktober 02, 2010

Cikguku Bernama Tan Chong Teng

Baru-baru aku menerima  email dari seorang pembaca blog ini (Mr. A) mengenai posting terdahulu bertajuk "Zaman Persekolahan". Dalam email itu, beliau memberitahu bahawa Cikgu Tan Chong Teng adalah juga guru yang mengajarnya di sebuah sekolah di Bukit Mertajam.

Dalam posting dulu, aku ada siarkan gambar aku semasa di Tingkatan 2 di SM. Kuala Pegang, Baling bersama Mr. Tan Chong Teng pada tahun 1972. Selepas Mr. Tan berpindah sekolah, aku tak tahu ke mana dia bertugas. Sehinggalah aku menerima email yang dikirim oleh Mr. A yang menyatakan Mr. Tan juga adalah gurunya pada tahun 1986 di SMK Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam.

(Gambar tahun 1972 yang aku siarkan dulu dalam blog ini, menunjukkan Mr. Tan sebagai guru kelas aku)

Selepas membaca email dari Mr. A, aku membalasnya dan meminta dia mengirim gambar Mr. Tan pada tahun 1986 ( jika ada).  
Aku berterima kasih kerana Mr. A sudi mengirim gambar berkenaan.
Gambar Tahun 1986 dikirim oleh pembaca blog, menunjukkan Mr. Tan (duduk ditengah)

Walaupun aku gembira melihat gambar guruku yang sangat baik ini, tapi aku berasa sedih kerana beliau telah meninggal dunia. Walaupun begitu, jasa mendiang semasa mengajar aku dulu tetap aku kenang sampai bila-bila. Terima kasih Cikgu Tan Chong Teng!

p/s: Kepada Mr. A: kita telah kehilangan guru yang baik dan berjasa! 

1 ulasan:

  1. Aku pun tak tau Cikgu Tan Chong Teng dh ninggal...memang dia sorang cikgu yg 1 Malaysia!

    BalasPadam