Ahad, Ogos 08, 2010

Nasi Beriyani Dhob


Inilah dhob.... biawak padang pasir. Ia merupakan haiwan satu alam yang tinggal di padang pasir. Dhob biasanya makan tumbuhan dan belalang sahaja. Oleh kerana ia haiwan satu alam maka ia halal untuk dimakan.

Beginilah caranya orang Arab menangkap dhob di padang pasir. Apabila dhob sudah letih atau bersembunyi di bawah batu, senanglah sikit untuk menangkapnya.



Dhob yang ditangkap dimasukkan ke dalam guni. Banyak ekor yang telah dapat ditangkap.


Dengan menggunakan pisau yang tajam, dhob itu disembelih terlebih dulu. Seorang diri pun boleh menyembelih dhob ini. Pijak ekornya dan terus sembelih.


Sebelum melapah kulitnya, kaki dan ekor dhob dipotong terlebih dahalu. Kaki dan ekor dhod tidak dibuang, akan dimasak bersama dagingnya nanti.
Kulit dhob dibuang semuanya dengan membuat potongan di atas belakangnya kemudian kulit itu ditarik dengan kuat. Lalu tertanggal dan menampakkan dagingnya yang kemerah-merahan.


Kulit diselinap dengan mudah kalau kena tekniknya.



Dhob yang telah dibuang kulitnya. Perut dhob ini akan dibelah untuk mengeluarkan organ dalaman yang akan dimasak bersama nasi beriyani. 

Ekor dan organ dalaman dhob yang telah dicuci dan sedia untuk dimasak.


Nasi beriyani sedang dimasak bersama-sama campuran daging, ekor, kaki dan organ dalaman dhob.



Hidangan nasi beriyani dhob telah siap. Biasanya orang Arab makan menggunakan talam yang besar. Mereka akan mengelilingi talam ini untuk menjamu selera.



Sebelum makan, diperah dulu air limau. Silalah menjamu selera, nampak macam sedap je...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan