Isnin, Ogos 30, 2010

Apa Sudah Jadi?


Apa yang pelik dalam gambar ini?. Bukan bangku yang patah itu pelik, tapi sikap prihatin pihak pengurusan pejabat ini yang PELIK.  Tidakkah mereka terpandang perkara ini dan segera bertindak. Tak kan semuanya perlu tunggu arahan bos. Bagi pelanggan yang berurusan di pejabat ini, nampaknya menerima apa yang disediakan kepada mereka.


Sekiranya anda terpandang signboard ini, apa yang anda fikirkan? Bahasa dah jadi serabut dan caca marba. Kalau anda faham maksud signboard ini, bolehlah parking kereta di sini. Kalau tak faham, jangan parking kat sini, nanti kereta anda kena kapak!.. 

Ini satu lagi kecelaruan bahasa. Nak kata Bahasa Melayu..bukan. Nak kata Bahasa Inggeris pun bukan. Mungkin tak ada sesiapa pun yang tegur. Sampai bila bahasa kita nak betul. Lepas tu matematiknya pun salah. Satu batang harganya RM1.00, lima batang pun  harganya RM1.00. Pening-pening.....



Yang ini pula cuba nak gunakan Bahasa Inggeris tapi akhirnya jadi bahan lawak. Guna saja Bahasa Melayu, kan senang..

 Kecil boleh, besar tak boleh?? Apa itu?
Papan tanda ini terdapat di luar tandas awam yang berbayar. Maksudnya boleh buang air kecil sahaja, tak boleh buang air besar! 


Korang  perasan tak papan tanda dalam tandas tu?. Ya, itu adalah senarai harga makanan dan minuman di restoran. Tapi, mengapa dalam tandas??

1 ulasan:

  1. Hehehehe, ini hanya di Malasia. Ada-ada saja.
    Salam kenal

    BalasPadam