Ahad, Julai 25, 2010

Berfikir Secara Kreatif : Berfikir dari luar kotak

Semasa kita menghadapi sesuatu masalah, jangan terlalu gopoh untuk menyelesaikannya. Kita perlu bertindak dengan fikiran yang positif dan kalau boleh dengan mencari jalan yang lain dari yang biasa orang fikirkan. Kadangkala jalan penyelesaian itu akan datang dari sesiapa saja tanpa mengira pangkat atau jawatan seseorang. Apa yang perlu ialah berfikir dari luar kotak.

KES 1
Ketika NASA memulakan pelancaran angkasawan ke angkasa lepas, mereka mendapati bahawa pen tidak akan berfungsi pada graviti sifar. Dakwat pen tidak akan mengalir ke bawah ketika menulis di angkasa lepas. Untuk mengatasi masalah ini, pihak NASA membelanjakan US $12 juta untuk mencipta pen yang boleh berfungsi pada graviti sifar, terbalik, di dalam air dan di hampir semua permukaan termasuk kristal. Pen itu juga dapat berfungsi pada pelbagai suhu dari bawah titik beku hingga kepada lebih 300 darjah Celsius.
Russia juga menghantar angkasawan mereka ke angkasa lepas. Apa yang mereka buat untuk mengatasi masalah itu? Mereka menggunakan sebatang PENSIL!

KES 2
Sebuah kilang kosmetik yang besar di Jepun menghadapi masalah kerana terdapat kotak sabun yang kosong tercicir dimasukkan sabun semasa proses pembungkusan. Syarikat itu menerima aduan daripada pelanggan yang telah membeli kotak sabun yang kosong. Pihak syarikat memandang serius perkara ini dan pihak pengurusan meminta kakitangan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Jurutera syarikat bekerja keras untuk memasang mesin x-ray dengan resolusi tinggi, dengan monitor di awasi oleh dua orang untuk melihat semua kotak sabun yang lalu di atas line.
Sementara itu, sebuah syarikat kecil yang lain menghadapi masalah yang sama. Pekerjanya tidak memasangnya mesin x-ray, tetapi beliau mempunyai jalan penyelesaian yang lain. Dia membeli kipas angin industri yang kuat dan menghalakannya pada line operasi pembungkusan kotak sabun itu. Ini bermakna setiap kotak sabun yang melalui kipas itu akan terbang jika kotak itu kosong!

KES 3
Sebuah syarikat pengeluaran serbuk perasa mendapati permintaan serbuk perasa keluaran mereka semakin menurun. Setiap minggu permintaan berkurang dari minggu yang sebelumnya. Pihak pengurusan mengadakan mesyurat untuk mencari jalan bagi meningkatkan jualan. Para eksekutif memberi cadangan untuk meningkat pengiklanan secara besar -besaran dan mengadakan promosi di tempat-tempat awam. Semua ini memerlukan peruntukan yang sangat tinggi. Seorang pekerja bawahan memberi cadangan berikut. Selama ini botol serbuk perasa itu mempunyai satu lubang, dia mencadangkan supaya lubang itu ditambah menjadi empat atau lima lubang, jadi apabila pengguna mengguna botol baru ini,serbuk perasa itu akan cepat habis. Selepas idea ini dilaksanakan, permintaan terhadap serbuk perasa itu bertambah dengan mendadak!.

Jadi… selalulah berfikir dari luar kotak..

Isnin, Julai 19, 2010

Kolokium di Institut Aminuddin Baki ( Utara)

Hampir dua tahun tidak mengikuti kursus atau seminar di IAB Utara, Jitra. Cuma lalu di hadapan IAB dan melihat ada pembinaan blok baru serta pintu gerbang yang cantik.Rasanya dah hampir setahun bangunan baru di IAB itu siap dan sudah digunakan.
Baru-baru ni semasa melayari laman web IAB, aku tertarik dengan program yang akan diadakan iaitu Kolokium Kebangsaan Kepimpinan Instruksional. Aku terus mendaftar secara online untuk turut serta. Acara ini adalah acara tahunan yang telah masuk tahun keempat. Akhirnya aku dapat menyertai program itu yang diadakan mulai 12 hingga 15 Jun 2010.

Pada petang 12 Jun aku mendaftar masuk ke IAB, Jitra. Ramai peserta yang datang dari seluruh Malaysia.
 Selepas parking kereta, aku menuju ke tempat pendaftaran untuk mengambil bilik penginapan.

Tempat penginapan yang dipanggil residen itu setinggi 6 tingkat dan aku dapat bilik di tingkat satu. Masuk bilik aku terkejut dengan keadaan bilik yang luas dan kemas. Dulu, bila berkursus di IAB, tempat penginapan ialah di Desa Siswa dekat Bandar Darulaman ( bekas tinggalan UUM).

Biliknya seperti bilik hotel, semuanya serba baru dan lengkap dengan kipas dan air cond.

Selain TV flat skrin, juga ada peti ais. Tuala, sabun dan syampu di sediakan tidak seperti dulu kena bawa tuala dan sabun sendiri. Katilnya pula saiz double walaupun bilik itu untuk seorang. Cuma bilik air berkongsi dengan bilik sebelah (seperti di IAB Induk).



Program ini diisi dengan pembentangan 9 kertaskerja dan ucap utama oleh Prof Dato' Dr. Hussein bin Hj. Ahmad, Fellow Penyelidik Kanan, Institut Pengajian Kepengetuaan Universiti Malaya. Kebanyakan pembentang kertas kerja adalah Pengurus Sekolah (Pengetua atau Guru Besar) Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) seperti Pn. Fuziah bt. Hassan Guru Besar SK Bandar Uda 2, Pn. Kartini bt Zakaria Pengetua SMK. Sultanah Asma,Hj. Abdullah Jusoh Pengetua KISAS.

Dua pembentang kertaskerja yang paling menarik perhatian ialah oleh Sekolah Swasta iaitu Datin Freida bt Dato' Mohd Pilus, Pengetua Cempaka International Ladies College,Negeri Sembilan. Pengalaman beliau menubuhkan sekolah swasta  bermula dari kosong hinggalah sekarang ini ada 5 cawangan. Hebat sungguh semangat dan ketabahan beliau.

Satu lagi pembentangan oleh jemputan  luar negara iaitu Ibu Hjh. Sumartinah dari Sekolah Dasar Putren, Yogyakarta. Sekolah ini musnah ketika gempa bumi pada tahun 1996 dan dibangunkan semula dengan penuh kepayahan dan akhirnya berjaya menjadi sekolah terbaik di daerahnya.



 Ini pula adalah dewan makan baru yang luas dan selesa. Di dalam dewan makan ini juga terdapat skrin besar dan LCD. Boleh digunakan untuk membuat persembahan dan acara karaoke.







Keceriaan kawasan sekitar IAB ini juga diberi perhatian. Sejuk mata memandang kawasan yang dijaga rapi dengan hiasan pokok bunga dan bangku tempat berehat.


 
Di luar dewan, diadakan jualan buku-buku ilmiah yang sukar didapati di pasaran.

Majlis penutup disempurnakan oleh Pengarah Cawangan IAB Utara iaitu Hj. Abd Ghani bin Ishak. Dalam ucapannya, beliau menceritakan pengalaman beliau melawat negara luar seperti Bosnia, yang sungguh menyentuh perasaan.

Hasil daripada 3 hari menghadiri kolokium ini banyak yang dapat dikutip hasil pengalaman pembentang kertaskerja yang sungguh menarik.
 Tahun hadapan, aku akan cuba hadir lagi majlis yang sebegini.

Ahad, Julai 11, 2010

Siapa Lebih Hebat?

Pada suatu ketika, ada tiga ekor binatang iaitu seekor lembu,  semut dan  beruk tua sedang bertengkar mengenai siapa yang paling hebat.  Masing-masing mengeluarkan hujah untuk menunjukkan kehebatan mereka.

Lembu  : Setiap hari aku boleh menghasilkan 50 liter susu, sebab itulah aku paling hebat.
Semut : Ooo tidak. Aku ni bekerja siang dan malam, tak kira hujan atau panas. Aku boleh membawa beban 52 kali lebih berat dari diriku.. akulah yang lebih hebat!
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
he he
*
*
Mengapa skrol ke bawah ni.. beruk tua nak berkata sesuatu ke??

Demam Piala Dunia: Esok berakhirlah..

Selama sebulan, mengadap TV tengok Piala Dunia. Bersembang pun pasai bola..bola. Di kedai kopi, di pejabat malah di surau pun bercerita pasai bola. Yang tak minat bola pun, dok cakap pasai pasukan pilihan masing-masing.

 Antara gambar aksi-aksi Piala Dunia yang tinggal kenangan.
Tapi ramai juga yang kecewa kerana pasukan pilihan kalah awal. Brazil, Argentina, Perancis dan Portugal awal-awal dah bungkus.

Ramai bintang-bintang bola sepak yang dijangka menyinar, tapi tak menjadi. Ada juga nama-nama besar yang tak dapat menjaringkan walau satu gol pun!


Walau bagaimana pun,
bintang yang paling bersinar semasa Piala Dunia ini 
tak lain dan tak bukan ialah si Sotong bernama Paul!

Jumpa lagi 4 tahun dari sekarang di BRAZIL pula!