Jumaat, April 23, 2010

Wan Aishah, generasi ke-7 Mahsuri berkahwin

PHUKET, Thailand 22 April – Dengan sekali lafaz Wan Aishah Wan Nawawi, generasi ketujuh Mahsuri, hari ini sah menjadi isteri kepada Alee Tongyon, 27, seorang usahawan muda industri pelancongan.

Digelar Princess, Wan Aishah, yang nama Siamnya ialah Sirintra Yayee, dinikahkan sendiri oleh datuk sebelah ibunya, Abdul Karim Dumluck dengan bersaksikan khatib Masjid Kampung Tambon, Kemala di sini Abdul Kadir, dan bilal masjid, Rofiq Somsat.

Majlis pernikahan itu dilangsungkan malam ini di masjid berdekatan kediaman ibu bapa Wan Aishah di Kampung Tambon, Kemala. Satu majlis resepsi akan berlangsung di rumah Wan Aishah pada Sabtu ini dan dijangka dihadiri hampir 600 tetamu jemputan. Salah seorang ahli keluarga Wan Aishah memberitahu pernikahan Wan Aishah diatur oleh keluarga.

Alee merupakan rakan sekampung Wan Aishah sejak kecil. Pasangan ini bagaimanapun mula rapat sejak Wan Aishah memasuki universiti dan mengikat tali pertunangan awal tahun lalu. Bakal suami Wan Aishah difahamkan seorang usahawan yang memiliki syarikat produksi dan terlibat dalam bisnes hotel serta resort di Phuket.

Wan Aishah, adalah anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan Wan Nawawi Wan Hashim seorang pemandu tut-tut dan Sumaini Karim, pekerja hotel. Wan Aishah menjadi idola rakyat Malaysia sekitar awal 90-an apabila kisahnya berjaya dijejak Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah yang kemudian disusuli Ekspedisi Melawat Phuket anjuran majalah Al-Islam pada 1998.



Sumber : Utusan Malaysia keluaran 23 April 2010

Bila terbaca akhbar Utusan Malaysia hari ini (23 April 2010) , aku teringat kunjungan aku ke Phuket pada tahun 2003 dulu. Aku mengikuti rombongan bersama-sama rakan untuk melawat Phuket selama 2 hari sempena Majlis Persaraan rakan kami.

Keterangan : Aku (no.2 dari kiri) bersama Wan Aishah, generasi ketujuh Mahsuri,
di rumahnya Phuket, Thailand pada tahun 2003. 

Dalam aturcara lawatan itu, ada diselitkan kunjungan ke rumah Wan Aishah (generasi ketujuh Mahsuri). Pada masa itu, Wan Aishah cukup popular di Malaysia apabila pihak akhbar menyiarkan berita mengenainya pada tahun 90-an. Jadi setiap pakej melawat Phuket oleh orang Malaysia, mesti diselitkan program kunjungan ke rumah Wan Aishah. Rumah Wan Aishah tak jauh dari bandar Phuket, lebih kurang 20 minit saja perjalanan. Semasa kami sampai ke rumahnya, Wan Aishah baru balik dari sekolah(masa itu umurnya 16 tahun) .

Selepas tukar pakaian sekolah, Wan Aishah pun keluar untuk bertemu dengan rombongan kami. Dia tak boleh bercakap bahasa Melayu, jadi kena pakai penterjemah iaitu pemandu pelancong kami. Masa itu, ramailah yang ambil kesempatan bergambar bersama Wan Aishah. Mengikut cerita pemandu pelancong kami, rombongan kami ini agak bertuah kerana Wan Aishah ada di rumah dan dapat berjumpa dengannya. Banyak juga rombongan-rombongan lain yang hampa bila datang, Wan Aishah tak ada di rumah. Cuma dapat tengok rumahnya saja. Katanya lagi, kalau guna pemandu pelancong lain, mungkin tak dapat jumpa. Kalau guna khidmat dia, mesti boleh jumpa sebab keluarga Wan Aishah kenal dia ( nak promote diri dia la tu). Sebelum balik, kami buat colection seorang RM10 untuk bagi kat Wan Aishah. 


Gambar Wan Aishah
yang terkini.








Potret Mahsuri mengikut imaginasi pelukis.

Selasa, April 20, 2010

Gadis Kecil Bernama Bara'a


Bara'a adalah seorang gadis berusia 10 tahun dari Mesir . Hidup bahagia dalam keluarga kecil yang sangat taat kepada agama Islam. Kedua orangtuanya adalah doktor dan telah berpindah ke Arab Saudi untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Bara'a adalah gadis yang sangat manis dan cerdas otaknya. Dalam usia yang muda, dia telah menghafal seluruh Al-Quran bersama-sama dengan tajwid yang tepat. Sayangnya, tragedi yang berlaku telah mengubah jalan hidup untuk anak gadis ini.

Suatu hari, ibunya merasa kesakitan yang amat sangat dan selepas beberapa ujian perubatan ia disahkan mengidap kanser pada tahap kritikal. Lalu ibunya mulai memikirkan masa depan anak gadisnya dan bagaimana hendak memberitahu Bara'a tentang berita buruk ini. Bagaimana anaknya hendak menghadapi hari-hari muka tanpa ibunya. Akhirnya ibu memutuskan untuk memberitahu puterinya dan berkata:

“Bara`a, ibu akan pergi ke syurga mendahuluimu, sayang.., tapi ibu ingin kau baca Al-Quran yang kau hafal setiap hari kerana ia akan melindungimu dalam hidup ini ... "

Ibunya berpesan kepadanya supaya dia terus membaca ayat-ayat suci AlQuran setiap hari kerana dengan itu akan melindungi dan menjaganya dalam kehidupan ini. Pada masa ini Bara'a tidak dapat memahami sepenuhnya apa yang diperkatakan oleh ibunya. Setelah kesihatan ibunya semakin tenat dan dirawat di hospital, barulah dia mula memahami apa yang dikatakan oleh ibunya itu. Bara'a mulai melawat ibunya di hospital setiap hari sebaik sahaja pulang dari sekolah dan membaca ayat-ayat suci AlQuran ditempat tidur ibunya sampai petang. Dia terus melakukan itu sampai ayahnya balik dari kerja untuk menjemputnya pulang ke rumah.

Suatu pagi, pihak hospital menelefon ke rumah dan meminta ayah Bara'a untuk datang ke hospital kerana isterinya semakin tenat. Sang ayah menjemput putrinya Bara'a dari sekolah dan terus pergi ke hospital. Dia tidak memberi putrinya apa yang terjadi dengan ibunya. Ketika mereka tiba di hospital ia berfikir bahawa ia harus meninggalkan anaknya di dalam kereta supaya ia tidak akan terkejut dengan apa yang terjadi pada ibunya. Oleh  itu ia menyuruh anaknya, berada di dalam kereta sementara dia pergi melihat dan akan kembali dalam beberapa minit. 
Dia melangkah keluar dari kereta dan matanya penuh dengan air mata; bingung dari berita sedih nasib isterinya. Ketika dia berjalan jauh dari keretanya Bara'a melihat bapanya melintas di persimpangan jalan, kemudian berlaku lagi satu tragedi!. Bapanya telah dilanggar oleh bas yang membelok masuk persimpangan dan meninggal dunia di situ. Dia berlari keluar dari keretanya dengan menangis dan memeluk mayat ayahnya.

Peristiwa tragis Bara'a itu tidak berakhir di sini. Staf hospital tidak memberi tahu ibu Bara'a, yang sedang berjuang melawan kanser di hospital, tentang kematian suaminya. Lima hari selepas itu, ibu Bara’a tewas jua dalam perjuangan menentang kanser dan mati meninggalkan Bara'a sendirian di Saudia Arabia. Bara’a tidak ada ahli keluarga atau saudara mara di sana. Dia kehilangan ibu dan ayahnya dalam minggu yang sama. Beberapa teman dan orang-orang baik yang tersentuh oleh tragedi cerita Bara'a berusaha untuk membantunya untuk kembali kepada keluarga ibu bapanya di Mesir.

Sementara urusan sedang dibuat untuk menghantarnya pulang, tragedi lain pula terjadi. Kali ini terjadi pada dirinya. Dia mengalami sakit mendadak dan selepas beberapa ujian perubatan cukup yakin ia mengidap kanser yang sama yang membunuh ibunya. Pada saat itu, bila Bara'a diberitahu diagnosis kanser nya dia tersenyum dan berkata:

Alhamdullillah, akhirnya, saya akan berjumpa baba dan mama saya”.

Sangat luar biasa melihat anak gadis yang menghapiri maut ini menyambut dan menerima keputusan Allah dengan redha.

Cerita tragis mengenai Bara’a tersebar luas di Saudia Arabia kemudian seorang lelaki Saudi yang baik hati, memutuskan untuk menghantar Bara'a ke London untuk rawatan perubatan.

Semasa Bara'a sedang dirawat di hospital di London ia ditemubual oleh stesen TV Mesir, iaitu al-Hafiz TV. Dia diminta untuk membacakan ayat-ayat suci Al Quran dan ditayangkan dalam program khusus untuk membaca Quran. Bacaannya sangat bagus dan merdu membuatkan pengacara program itu mengalirkan air mata. Saya yakin ia akan membuatkan air mata mengalir kepada sesiapa sahaja yang mendengar bacaannya yang sangat cantik (lihat link di bawah ini).

Kanser telah memburukkan lagi kesihatan Bara’a dan dia menanggung kesakitan dan penderitaan semasa di hospital. Dia akan menjadi koma berkala ( commas periodically) dan selama masa sukar ini, stesen TV lain membuat temubual di hospital dan memintanya untuk menyampaikan nasyid tentang Ibu dan anak-anak yatim. Nyanyian nasyidnya telah membuatkan berjuta-juta orang menangis di dunia Arab (lihat klip video ini):

Hari terus berlalu dan ia terus hidup dan kanser yang sekarang telah merebak ke kakinya lalu doktor memutuskan untuk memotong dalam usaha untuk menyekat penyebaran barah. Dalam masa sukar ini dia terus koma berkala tetapi ketika dia terjaga dia mulai membaca Quran untuk tetap semangat untuk hidup. Hari berlalu, kanser merebak ke otak dan doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan pada otak untuk menghilangkan sel-sel kanser. Dia masih di hospital berjuang untuk hidupnya. Jadi , harap ingatlah dia dalam setiap doa kita dan semoga Allah yang Maha Berkuasa menyelamatkan hidupnya .

Sumber : http://katib.wordpress.com
Tarikh update: 15 Feb 2010

Selasa, April 06, 2010

Bila guru luah rasa..


Oleh WAHID HASHIM
pendidikan@utusan.com.my
Tabik dan salam semua guru.

Saya tetap percaya bahawa guru berhak mendapat apa yang setimpal dengan beban tugasan mereka - khususnya guru yang mengajar, yang memimpin, yang mendidik, dan yang menjadi lilin kepada kesamaran dan kegelapan di pedalaman - walau mereka sendiri terpaksa bergelap.

Keikhlasan, keberanian pengorbanan, perjuangan dan kemahuan yang tidak boleh diukur dengan apa-apa juga alat pengukur itu hanya boleh dihargai dengan ucapan terima kasih dan syabas.

Mungkin sedikit penghargaan boleh diluahkan melalui sejambak bunga, kad ucapan, ciuman pada tangan atau persembahan penghargaan pada hari-hari yang istimewa seperti Hari Guru, hari lahir, perayaan dan sebagainya.

Sesungguhnya, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Berikut saya petik sebahagian daripada reaksi e-mel:

Sepucuk e-mel daripada Shafarizan Mohamed, eddeved@hotmail.com berkata, gaji pokok permulaan guru DG1 P1T4 bersamaan RM1,967.82, bukan RM2,500 sehingga RM2,700.

Kata beliau, tidak adil membuat 'pukul rata' bahawa semua guru yang ada di Malaysia ini tergila-gila kepada kenaikan pangkat dan kenaikan gaji.

''Sebelum saudara terbawa-bawa dengan tuduhan ini, saya cadangkan agar saudara memohon untuk kursus Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) sekiranya saudara berumur belum 35 tahun dan masuk ke mana-mana institut perguruan kalau nak tahu macam mana kami menghadapi perkara-perkara yang tak masuk akal dan mencabar," tegas beliau.

Tambah beliau: ''Saya bersyukur dan berterima kasih akhirnya kepada bapa saya kerana memaksa saya memilih kerjaya sebagai guru kerana setelah setahun saya menjadi guru, baru saya memahami maksud saya itu. Tugas sebagai seorang guru bagi saya lebih menyeronokkan kerana:

i) kerja kurang daripada lima jam,

ii) tidak terlalu pening kepala dan

iii) tiap-tiap hari jumpa murid yang comel dan petah bercakap menyebabkan kita bersemangat nak mengajar mereka."

Tambah beliau: ''Bagi saya biarlah akaun gaji duniawi saya tidak seberapa asalkan akaun gaji akhirat saya melimpah ruah kerana saya percaya Allah sahaja yang boleh menilai kerja saya dan keikhlasan saya."