Isnin, Mac 01, 2010

Syafiah Humairah- Pemergianmu Ditangisi



HULU SELANGOR , 27 FEB 2010 - ALLAHYARHAM SYAFIAH HUMAIRAH SAHARI , 3 , meninggal dunia akibat pendarahan pada otak dan mengalami kerosakan buah pinggang , akibat dihentak dan ditendang dengan kuat oleh suspek . Hasil bedah siasat mendapati , kematian Syafiah Humairah akibat kecederaan serius termasuk kulit kepalanya terkoyak kerana dipijak . Datuk mangsa, Aziz Shahar , mengakui pernah ternampak kesan puntung rokok pada kaki dan dagu cucunya itu . Jenazah Syafiah Humairah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 17 , Kuang pukul 4 petang semalam .


Dua hari ini fikiran aku cukup terganggu dengan berita di atas. Berbagai perasaan timbul dalam hati.. sedih, geram, marah dan tidak masuk akal. Aku cuba bayangkan budak baru berusia 3 tahun didera dengan begitu teruk oleh orang yang tidak berhati perut. Anak kecil itu cedera teruk di perut, buah pinggang, luka, lebam seluruh badan dan terkoyak kulit kepala. Tentu dia sangat menderita sebelum meninggal dunia.

Aku boleh katakan pendera itu adalah lebih teruk daripada binatang kerana binatang pun sayangkan anaknya. Kekejaman yang dilakukan itu memang tidak boleh dimaafkan dan seharusnya dihukum dengan seberat-beratnya. 

-Apalah salah anak kecil yang comel itu sehingga didera berulang kali sampai meninggal dunia?. 
-Apa yang kaum keluarga buat bila lihat ada kesan penderaan pada anak ini? 
-Apa yang masyarakat sekitar buat selama ini kerana kepincangan ibu dan suspek telah lama berlaku itu ?

Apa pun jawapan yang diberi...penyelesaiannya adalah terletak kepada kita sendiri. Kembalilah kepada ajaran Islam yang yang sebenarnya. Islam telah mengatur dengan sempurna cuma kita yang terlalai hingga terjadi kepincangan ini.
Al-Fatihah buat adik Syafiah Humairah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan