Jumaat, Mac 26, 2010

Promosi..Hotel Budget di Kelantan

 
Kalau berkunjung ke Kelantan untuk beberapa hari dan nak bermalam, ada sebuah budget hotel untuk penginapan yang aku nak syorkan. Tempat ini murah, selesa dan baru saja dibuka pada bulan Mac 2010 yang lalu.


Terletak di tengah-tengah kesibukan pasar malam Wakaf Che Yeh. Jaraknya dari bandar Kota Bharu lebih kurang 5km dan dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra ialah 13km. Manakala dari lebuhraya Rantau Panjang, jaraknya lebih kurang 500 meter.




Tempat penginapan yang aku maksudkan itu namanya Polyland Hotel and Apartment (Poly Inn). Kemudahan yang disediakan di semua bilik seperti hotel-hotel lain lengkap dengan   pendingin udara ,saluran Astro terpilih dan akses internet wifi. Ada 21 buah bilik yang menanti kunjungan tetamu.

Tambah kapsyen



Sekarang ni hotel ini ada offer sempena pembukaannya. Untuk bilik single anda menginap dengan rate cuma RM58 sahaja. Biliknya agak luas dan selesa.




Bagi bilik double pula harganya hanya RM78 (harga promosi) untuk satu malam. Katil double disediakan begitu selesa dan masih ada ruang lagi untuk bersolat dalam bilik. Tidaklah macam sesetengah hotel yang nak letak sejadah pun tak lepas.




Kalau bawa famili, bolehlah menginap di bilik triple.Rate untuk  bilik triple pula ialah RM98 (lepas promosi harga lain pula) . Memang berbaloi.



 
Inilah bentuk bilik air yang dilengkapi peralatan yang cantik dan moden setanding dengan hotel 4 bintang. Bilik air ini agak luas dan ada sistem pemanas air.




 Ini pula adalah ruang rehat yang terdapat pada setiap tingkat. Kalau kawan-kawan datang untuk berbual, boleh duduk di sini ( tak kan nak bawa masuk bilik pula)




Inilah bahagian penyambut tetamu, para staf menerima kunjungan tetamu dengan senyuman. . Tuan punya hotel ini 
( paling kanan) namanya En.Mohd Fadzil .

Jadi, kalau sampai ke Kelantan dan tercari-cari tempat untuk bermalam, pergilah ke Wakaf Che Yeh dan akan terjumpalah hotel ini. Anda pasti akan puas hati dengan layanan mesra dan bilik yang selesa serta murah.  Untuk mengetahui lebih lanjut, bolehlah lawati laman web hotel ini.

Untuk tempahan bolehlah hubungi :

Telefon/Fax: 09-7439090

Alamat :
Polyland Accomodation (Hotel and Apartment)

Lot 725/724 Block E
Pasar Borong Wakaf Che Yeh
Jalan Kuala Krai
Kota Bahru, Kelantan

2 ulasan:

  1. Wohh.. mu promok habih ho..dih! panda mu.. menjadikan hati ambo tegedik-gedik nk sano.. memang berbalo..satu haghi nati aku nk gi sana. buleh la aku jepuk abe mu make kenughi weh!

    BalasPadam
  2. Weh, Mi sulong, mu dok promote pasai hotel ni abg mu punya kut(pasai bin pong Md Sulong). Aku kalu gi kelate nak try gak. aku selalu dok kat hotel Indah kat masjid Muhammadi, kalu gi sana.

    BalasPadam