Isnin, Mac 08, 2010

Bayangkan Yang Dingin

Cuaca hari ni cukup panas. Kalau keluar rumah nak celik mata pun susah terutama waktu tengah hari. Duduk dalam rumah, lagi la panas. Rasa macam duduk dalam gua pulak. Pasang kipas angin pun tak jadi. Nampaknya cuaca panas ni akan berlanjutan sampai habis bulan Mac seperti laporan Jabatan Meteorologi.
Lalu.. aku bayangkan yang dingin... berendam di dalam air terjun kat Lata Bukit Hijau (gambar di atas). Air yang sejuk bagaikan ais tu cukup menyegarkan. Aku pun dah lama tak pergi ke Lata Bukit Hijau.



Kalau tak mau pergi jauh, yang dekat pun ada iaitu Lata Mengkuang. Disini pun airnya dingin juga tapi air tak berapa banyak. Selalunya Hari Sabtu dan Ahad, ramai la orang mandi dan berkelah. Hari-hari lain sunyi je.

Satu lagi tempat air terjun yang selalu aku pergi iaitu Lata Bayu. Di sini air pun dingin serta pemandangan alam semulajadi yang sangat indah.

Bayangkan..berendam dalam air dingin di Lata Bayu pada waktu tengah hari...huh..bestnya.

2 ulasan:

  1. Mi, mu amik wigek ni di mana weh! beghi aku ketek...
    Aku boring dah wigek lama tu..

    BalasPadam
  2. Mu cari dalam scrappinblogs.blogspot.com Ada banyak template. Mu pilih yg mu suka pas tu mu copy HTML dan paste dalam HTML/Java Scrit pada blog mu.

    BalasPadam