Jumaat, Mac 26, 2010

Promosi..Hotel Budget di Kelantan

 
Kalau berkunjung ke Kelantan untuk beberapa hari dan nak bermalam, ada sebuah budget hotel untuk penginapan yang aku nak syorkan. Tempat ini murah, selesa dan baru saja dibuka pada bulan Mac 2010 yang lalu.


Terletak di tengah-tengah kesibukan pasar malam Wakaf Che Yeh. Jaraknya dari bandar Kota Bharu lebih kurang 5km dan dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra ialah 13km. Manakala dari lebuhraya Rantau Panjang, jaraknya lebih kurang 500 meter.




Tempat penginapan yang aku maksudkan itu namanya Polyland Hotel and Apartment (Poly Inn). Kemudahan yang disediakan di semua bilik seperti hotel-hotel lain lengkap dengan   pendingin udara ,saluran Astro terpilih dan akses internet wifi. Ada 21 buah bilik yang menanti kunjungan tetamu.

Tambah kapsyen



Sekarang ni hotel ini ada offer sempena pembukaannya. Untuk bilik single anda menginap dengan rate cuma RM58 sahaja. Biliknya agak luas dan selesa.




Bagi bilik double pula harganya hanya RM78 (harga promosi) untuk satu malam. Katil double disediakan begitu selesa dan masih ada ruang lagi untuk bersolat dalam bilik. Tidaklah macam sesetengah hotel yang nak letak sejadah pun tak lepas.




Kalau bawa famili, bolehlah menginap di bilik triple.Rate untuk  bilik triple pula ialah RM98 (lepas promosi harga lain pula) . Memang berbaloi.



 
Inilah bentuk bilik air yang dilengkapi peralatan yang cantik dan moden setanding dengan hotel 4 bintang. Bilik air ini agak luas dan ada sistem pemanas air.




 Ini pula adalah ruang rehat yang terdapat pada setiap tingkat. Kalau kawan-kawan datang untuk berbual, boleh duduk di sini ( tak kan nak bawa masuk bilik pula)




Inilah bahagian penyambut tetamu, para staf menerima kunjungan tetamu dengan senyuman. . Tuan punya hotel ini 
( paling kanan) namanya En.Mohd Fadzil .

Jadi, kalau sampai ke Kelantan dan tercari-cari tempat untuk bermalam, pergilah ke Wakaf Che Yeh dan akan terjumpalah hotel ini. Anda pasti akan puas hati dengan layanan mesra dan bilik yang selesa serta murah.  Untuk mengetahui lebih lanjut, bolehlah lawati laman web hotel ini.

Untuk tempahan bolehlah hubungi :

Telefon/Fax: 09-7439090

Alamat :
Polyland Accomodation (Hotel and Apartment)

Lot 725/724 Block E
Pasar Borong Wakaf Che Yeh
Jalan Kuala Krai
Kota Bahru, Kelantan

Ahad, Mac 14, 2010

Kalau rasa boring.....

Hari ni rasa boring sangat masa mengadap skrin ni... Untuk nak hilangkan boring, aku buka Youtube untuk dengar lagu. Aku suka dengar lagu dari Kumpulan dari Indon "Wali Band". Ada lagu-lagu unsur dakwah dan juga yang menghiburkan. Salah satunya, lagu ini la:

Isnin, Mac 08, 2010

Bayangkan Yang Dingin

Cuaca hari ni cukup panas. Kalau keluar rumah nak celik mata pun susah terutama waktu tengah hari. Duduk dalam rumah, lagi la panas. Rasa macam duduk dalam gua pulak. Pasang kipas angin pun tak jadi. Nampaknya cuaca panas ni akan berlanjutan sampai habis bulan Mac seperti laporan Jabatan Meteorologi.
Lalu.. aku bayangkan yang dingin... berendam di dalam air terjun kat Lata Bukit Hijau (gambar di atas). Air yang sejuk bagaikan ais tu cukup menyegarkan. Aku pun dah lama tak pergi ke Lata Bukit Hijau.



Kalau tak mau pergi jauh, yang dekat pun ada iaitu Lata Mengkuang. Disini pun airnya dingin juga tapi air tak berapa banyak. Selalunya Hari Sabtu dan Ahad, ramai la orang mandi dan berkelah. Hari-hari lain sunyi je.

Satu lagi tempat air terjun yang selalu aku pergi iaitu Lata Bayu. Di sini air pun dingin serta pemandangan alam semulajadi yang sangat indah.

Bayangkan..berendam dalam air dingin di Lata Bayu pada waktu tengah hari...huh..bestnya.

Isnin, Mac 01, 2010

Syafiah Humairah- Pemergianmu Ditangisi



HULU SELANGOR , 27 FEB 2010 - ALLAHYARHAM SYAFIAH HUMAIRAH SAHARI , 3 , meninggal dunia akibat pendarahan pada otak dan mengalami kerosakan buah pinggang , akibat dihentak dan ditendang dengan kuat oleh suspek . Hasil bedah siasat mendapati , kematian Syafiah Humairah akibat kecederaan serius termasuk kulit kepalanya terkoyak kerana dipijak . Datuk mangsa, Aziz Shahar , mengakui pernah ternampak kesan puntung rokok pada kaki dan dagu cucunya itu . Jenazah Syafiah Humairah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 17 , Kuang pukul 4 petang semalam .


Dua hari ini fikiran aku cukup terganggu dengan berita di atas. Berbagai perasaan timbul dalam hati.. sedih, geram, marah dan tidak masuk akal. Aku cuba bayangkan budak baru berusia 3 tahun didera dengan begitu teruk oleh orang yang tidak berhati perut. Anak kecil itu cedera teruk di perut, buah pinggang, luka, lebam seluruh badan dan terkoyak kulit kepala. Tentu dia sangat menderita sebelum meninggal dunia.

Aku boleh katakan pendera itu adalah lebih teruk daripada binatang kerana binatang pun sayangkan anaknya. Kekejaman yang dilakukan itu memang tidak boleh dimaafkan dan seharusnya dihukum dengan seberat-beratnya. 

-Apalah salah anak kecil yang comel itu sehingga didera berulang kali sampai meninggal dunia?. 
-Apa yang kaum keluarga buat bila lihat ada kesan penderaan pada anak ini? 
-Apa yang masyarakat sekitar buat selama ini kerana kepincangan ibu dan suspek telah lama berlaku itu ?

Apa pun jawapan yang diberi...penyelesaiannya adalah terletak kepada kita sendiri. Kembalilah kepada ajaran Islam yang yang sebenarnya. Islam telah mengatur dengan sempurna cuma kita yang terlalai hingga terjadi kepincangan ini.
Al-Fatihah buat adik Syafiah Humairah....