Jumaat, Februari 05, 2010

Halal dan Haram


Sekarang ni semua orang makin sensitive dengan status makanan halal dan haram. Kita kena hati-hati pasai makanan tu akan jadi darah daging kita. Kalau asyik telan makanan yang tak tau halal ke haram..susah jugak.
Baru-baru ni aku jumpa iklan mee segera dari Indonesia.. dia tulis 50% halal! He..he…Nama mee itu ialah Miyabi..perasa ayam dan babi.




Di Malaysia dulu  Halal Development Corporation (HDC) yang akan keluarkan sijil halal. Lepas tu bagi balik kat Jakim..nampak macam senang, tapi susah nak laksanakan..

Kemarin aku beli satu tin baked beans (kacang panggang). Saja-saja nak cek status halal, jadi, aku pun masuk la website Jakim.. key in the bar code, alhamdulillah.. halal dan sijil masih sah. Kemudian aku pun start pula cek lain2 barang makanan yang ada kat rumah aku.
Aku start dengan sardin ayam brands.


 

Kenapa sardin?....Sebab banyak kawan dok hantar email tentang status halal sardin. Ada yg kata sardin ni depa boh daging katak la, tulang babi la pasai nak bagi sedap, wallahualam.. 

Jadi aku pun ambik tin sardine dan key in bar code yang terdapat pada label dia.

 
Terkejut juga … sijil halal dia telah tamat tempoh pada 15 Julai 2009 yang lalu !
Apa sudah jadi..! Tak kan pihak yang berwajib tak perasan kot?

3 ulasan:

  1. lengkali kalau mu beli makanan tapi dah expired date dan-dan mu kena gi hanta ke Pejabat Kesihatan Daerah Baling. Depa akan amik sample tu dan buat siasatan dan kedai hak yg mu beli sardin tu akan didakwa. Ingat tu..Hak pengguna akan dilindungi.

    BalasPadam
  2. Mengenai Miyabi tu kita nak buat gena..Indon bukan tak tahu..dema Islam dan Kristian pun boleh kahwin. so Miyabi tak dak hal lah bagi dema. Tapi bagi kita di sini TIDAK HALLAL lah..
    Bagusnya MALAYSIAKU...

    BalasPadam
  3. Weh, Mi sulung.

    Orang melayu la ni depa bukan kira sangat halal/haram, asal boleh telan depa sapu. Macam babi la bila tengok depa nak termuntah, tapi arak air setan tu depa langgah sampai muntah, depa tak heran pong.
    Contoh mee cina depa beli juga kalu ada hak melayu juai depa kata tak sedap.

    BalasPadam