Selasa, Februari 16, 2010

Rombongan Menghantar Pengantin

Hari Ahad semasa cuti Tahun Baru Cina yang lalu ( 14 Feb 2010), aku menyertai rombongan hantar pengantin. Pengantin perempuan adalah jiran aku iaitu anak Abang Razi. Rumah pengantin lelaki tak jauh iaitu di Taman Seroja, Sik. Kami konvoi 16 buah kereta semuanya.


 
Pada pukul 11.45 pagi, konvoi kami pun bergerak ke pekan Sik. Bersama-sama itu bawa juga sirih junjung dan hantaran pengantin perempuan mengikut adat. Lebih kurang pukul 1.00 petang kami pun sampai ke Taman Seroja.   


  
 Hari tu, cuaca cukup panas. Kami tunggu di bawah pokok sementara nak himpunkan semua ahli rombongan. Pengantin lelaki pun datng menjemput pengantin perempuan.. Eh, pasai apa pula kawan aku ni(Sabri) jadi pengapit?. Rupa-rupanya pengapit yang sebenar tu pi tandas, jadi Sabri volunteer jadi pengapit sat. Elok la tu, dia pun pakai baju melayu segak bukan main.

  
Masa berarak ni, kumpulan kompang pun pukul kompang sakan. Dalam cuaca yang panas tu kami berjalan ke rumah pengantin lelaki lebih kurang 100 meter. 

 
Ini baru pengapit yang betul dah sampai untuk ambil alih tugas dari Sabri. Masa pengantin sampai tu, tetamu pun ramai betul yang sedang menjamu selera. Maklumlah dah pukul 1.00 petang ..time makan. Memang dirancang pun supaya pengantin sampai waktu orang sedang ramai, nak bagi meriah lagi kenduri.



Masa makan bersama pengantin. Untung dapat duduk di main table ni, lauk special la sikit. Ada Ikan siakap tiga rasa dan udang besar. Layanan yang diberikan kepada kami sungguh mesra dan istimewa. Terima kasih kepada tuan rumah dan penduduk Taman Seroja, Sik. Kami akan ingat sampai bila-bila (terutama kepada Cikgu Asmadi, tq very much ).

1 ulasan:

  1. Salam Mie,

    Pengapit pasai apa ambil yang veteren tak kan tak dak yg muda. Di Sik kena gulai rias pisang kut. Sobri tu teringin nak jadi pengantin sekali lagi kut.

    BalasPadam