Sabtu, Februari 20, 2010

Musim Kemarau..Kebakaran!

Mengikut Jabatan Meteorologi Malaysia, musim kemarau dan cuaca panas akan berlarutan hingga bulan April 2010 ini. Suhu harian cukup panas dan boleh mencapai 36 C. Lihat di sini.

Dalam keadaan macam ni, selain dari kepanasan yang yang melampau, kebakaran senang berlaku. Oleh itu, kita kena berjaga-jaga kalau membuat pembakaran terbuka, takut-takut nanti melarat.
 
Inilah yang berlaku pada hari Sabtu (20 Februari 2010) pukul 12 tengah hari . Tempat yang yang terbakar adalah hutan berhampiran dengan rumah aku, lebih kurang 30 meter jaraknya dari rumah. Bunyi api memakan daun kering terdengar sampai ke rumah aku dan asap naik menjulang. Waktu itu, angin pula bertiup menjadikan api makin marak. Aku sudah naik panik, jiran aku seorang cina dengan segera suruh telefon bomba. Aku minta dia yang telefon sementara aku dan anak-anak bawa timba air untuk padamkan api. 
 
Lebih kurang 10 minit, bomba pun datang dengan 6-7 orang anggota. Bomba tak pakai paip air, tetapi pakai semburan air yang digalas di belakang macam orang sembur racun rumput. Tak sampai setengah jam api dapat dikawal, tapi kawasan yang berbukit  masih terbakar. 



Inilah kawasan yang telah terbakar dan dipadamkan oleh ahli bomba. Terima kasih la semua abang-abang bomba yang bertungkus lumus padamkan api.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan