Selasa, Februari 16, 2010

Kenduri Kahwin lagi..

Pada hari cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini, banyak sungguh jemputan kenduri kahwin yang diterima. Dalam satu hari sampai 4 hingga 5 jemputan yang diterima. Kalau ikut hati, nak pi semua sebab takut tuan rumah kecik hati tak hadir jemputan mereka.

Hari Isnin lalu ( 15 Feb 2010 ) aku dapat 4 jemputan. Salah satu jemputan tu agak jauh juga iaitu di Pokok Sena, Alor Setar di rumah Mohd Zahidi. Mula-mula pi kenduri yang dekat-dekat dulu, lepas tu baru pi yang jauh tu di Pokok Sena. Suasana kampung masih terdapat di tempat kenduri tu.
Semasa aku sampai, orang masih ramai lagi. Ada empat khemah terpasang, dua untuk orang lelaki dan dua untuk orang perempuan. Menu hari tu ialah gulai daging dengan batang pisang, ayam goreng berempah, gulai lemak rebung dan ikan masin goreng berserta ulam-ulam. Sedap juga masakan ala kampung ni. Lepas makan, ada pula cendol. Huh.. musim panas ni, minum cendol cukup sedap.
Masa tengah makan, terdengar bunyi gendang silat. Rupanya ada persembahan silat yang dijemput untuk memeriahkan kenduri ni. Lagu-lagu yang dimainkan sedap juga sebab iramanya semua lagu-lagu yang moden-moden dan ada juga irama hindustan.


Persembahan silat yang diringi oleh gendang dan serunai nampak hebat. tapi silat jenis apa aku tak tau, sama ada silat cekak ke atau silat gayung. Ada lencana depa pakai kat baju hitam tu, tapi kecik sangat, tak boleh baca. 

Lepas lawan tangan kosong, depa tunjuk pula kebolehan lawan pakai kayu. Hebat pukulan tapi semua dapat elak, tentu la dah berlatih lama dah...

Masa nak balik, jumpa dengan pengantin dan ambil gambar pengantin baru tu. Segak dan bergaya maklumlah raja sehari.
Selamat Pengantin Baru, Mohd Zahidi dan Nor Haslina. Semua kekal hingga ke anak cucu. Nak honeymoon ke mana?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan