Rabu, Februari 24, 2010

Hari Malangku

Hari ini (23 Feb. 2010) adalah hari yang malang bagiku. Dalam satu hari aku kena saman dua kali. Aku pun tak tau kenapa jadi macam ni. Mungkin aku keluar rumah pagi tadi dengan langkah kiri kot!..
 

Saman yang pertama Pukul sembilan pagi aku keluar rumah untuk ke Sungai Petani dengan menaiki Viva. Cuaca elok dan kereta pun tak banyak. Sampai di Kupang, kereta yang datang dari hadapan bagi isyarat lampu. Tentu ada road block di depan sana. Sampai dekat dengan Sekolah Cina Seng Yok, aku tengok ada deretan kereta di depanku. Sah, ada road block tapi tak tau Polis ke JPJ yang buat sekatan tu. Aku pun segera tarik tali pinggang keledar dan pakai. Bila dekat, aku nampak beberapa pegawai uniform biru.  Ooh. ......JPJ rupanya. Aku relax saja sebab lesen memandu ada dan road tax pun ada. Bila sampai dekat sekatan JPJ, pegawai tu tengok road tax kereta aku. Ok..masih hidup.
"Minta lesen, che.." pegawai tu bersuara lembut.
Aku dengan confident sua lesen memandu aku kat dia.
 
" Ado lesen yang baru dok?, lesen ni doh mati.." Orang Kelantan rupanya, muda lagi.
 
Terkejut beruk aku, lalu aku pun tengok lesen tu. Memang betul.. dah mati pada 16 Januari 2010 yang lalu.
Pegawai tu suruh aku ke tepi jalan dan dia pun tulis saman. Aku cuba merayu dan minta maaf di atas kecuaian aku renew lesen tu. Dia buat dono je..
 
"Che keno bayar kompoun RM120. Kalau bayar dale maso 15 hari, ado diskaun 30%. Kalau lebih 45 hari tok bayar, tindake undang-undang akan diambil" katanya lagi sambil tersenyum.
 
Selepas sain surat saman, aku pun terus perjalanan ke Sungai Petani dengan hati yang bengkak...

Saman yang kedua  

Pukul 11 pagi aku sampai di Sungai Petani , aku terus ke Pejabat Tanah untuk satu urusan. Aku masuk dalam kawasan parking, tapi tak ada tempat kosong, semua penuh. Aku keluar dari Pejabat Tanah dan pergi ke kawasan parking dekat SP Plaza. Nasib baik ada banyak tempat parking yang kosong dan dekat dengan pagar Pejabat Tanah. Selepas parking, aku masuk ke Pejabat Tanah untuk selesaikan urusanku. Lepas sejam iaitu dalam pukul 12 tengahari urusan selesai, aku keluar dan pergi ke kereta. Sekali lagi aku terkejut..ada surat saman kat cermin kereta! Aku kena saman lagi sebab tak pamer tiket parking.
 
Ha. ....Dalam masa empat jam, aku kena saman dua kali. Aku akan ingat tarikh hari ni!

2 ulasan:

  1. Mie,

    Bolih jadi ALLAH nak uji hang. Bolih jadi juga kifarat kat hang, cuba hang ingat2 balik mungkin ada apa2 kesalahan hang dengan ALLAH. Moga kita jangan lalai.

    BalasPadam
  2. Mu lupa nak niat Arab kot weh??

    BalasPadam