Sabtu, Februari 27, 2010

Mengapa Menyambut Maulidur Rasul ?

 

Kita baru saja menyambut Maulidur Rasul pada hari Jumaat (26 Februari 2010)  bersamaan 12 Rabiulawwal 1431H yang lalu. Jika ada  yang bertanyakan mengapa menyambut Maulidul Rasul. Maka jawapannya begini :


1. Dalil-dalil umum dari Al Quran yang dijadikan hujjah oleh Ulamak yang membenarkan :

فَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ بِهِۦ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَٱتَّبَعُواْ ٱلنُّورَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ مَعَهُ ۥۤ‌ۙ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ (١٥٧)


Maka orang-orang yang beriman kepadanya (Muhammad), dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.
(Surah al A’raf 157)

Di dalam ayat ini dengan tegas menyatakan bahawa orang yang memuliakan Rasulullah S.A.W adalah orang yang beruntung. Merayakan maulid Nabi termasuk dalam rangka memuliakannya.

Baca selanjutnya di sini dan juga hukum menyambut Maulidur Rasul  di sini.

Rabu, Februari 24, 2010

Hari Malangku

Hari ini (23 Feb. 2010) adalah hari yang malang bagiku. Dalam satu hari aku kena saman dua kali. Aku pun tak tau kenapa jadi macam ni. Mungkin aku keluar rumah pagi tadi dengan langkah kiri kot!..
 

Saman yang pertama Pukul sembilan pagi aku keluar rumah untuk ke Sungai Petani dengan menaiki Viva. Cuaca elok dan kereta pun tak banyak. Sampai di Kupang, kereta yang datang dari hadapan bagi isyarat lampu. Tentu ada road block di depan sana. Sampai dekat dengan Sekolah Cina Seng Yok, aku tengok ada deretan kereta di depanku. Sah, ada road block tapi tak tau Polis ke JPJ yang buat sekatan tu. Aku pun segera tarik tali pinggang keledar dan pakai. Bila dekat, aku nampak beberapa pegawai uniform biru.  Ooh. ......JPJ rupanya. Aku relax saja sebab lesen memandu ada dan road tax pun ada. Bila sampai dekat sekatan JPJ, pegawai tu tengok road tax kereta aku. Ok..masih hidup.
"Minta lesen, che.." pegawai tu bersuara lembut.
Aku dengan confident sua lesen memandu aku kat dia.
 
" Ado lesen yang baru dok?, lesen ni doh mati.." Orang Kelantan rupanya, muda lagi.
 
Terkejut beruk aku, lalu aku pun tengok lesen tu. Memang betul.. dah mati pada 16 Januari 2010 yang lalu.
Pegawai tu suruh aku ke tepi jalan dan dia pun tulis saman. Aku cuba merayu dan minta maaf di atas kecuaian aku renew lesen tu. Dia buat dono je..
 
"Che keno bayar kompoun RM120. Kalau bayar dale maso 15 hari, ado diskaun 30%. Kalau lebih 45 hari tok bayar, tindake undang-undang akan diambil" katanya lagi sambil tersenyum.
 
Selepas sain surat saman, aku pun terus perjalanan ke Sungai Petani dengan hati yang bengkak...

Saman yang kedua  

Pukul 11 pagi aku sampai di Sungai Petani , aku terus ke Pejabat Tanah untuk satu urusan. Aku masuk dalam kawasan parking, tapi tak ada tempat kosong, semua penuh. Aku keluar dari Pejabat Tanah dan pergi ke kawasan parking dekat SP Plaza. Nasib baik ada banyak tempat parking yang kosong dan dekat dengan pagar Pejabat Tanah. Selepas parking, aku masuk ke Pejabat Tanah untuk selesaikan urusanku. Lepas sejam iaitu dalam pukul 12 tengahari urusan selesai, aku keluar dan pergi ke kereta. Sekali lagi aku terkejut..ada surat saman kat cermin kereta! Aku kena saman lagi sebab tak pamer tiket parking.
 
Ha. ....Dalam masa empat jam, aku kena saman dua kali. Aku akan ingat tarikh hari ni!

Sabtu, Februari 20, 2010

Musim Kemarau..Kebakaran!

Mengikut Jabatan Meteorologi Malaysia, musim kemarau dan cuaca panas akan berlarutan hingga bulan April 2010 ini. Suhu harian cukup panas dan boleh mencapai 36 C. Lihat di sini.

Dalam keadaan macam ni, selain dari kepanasan yang yang melampau, kebakaran senang berlaku. Oleh itu, kita kena berjaga-jaga kalau membuat pembakaran terbuka, takut-takut nanti melarat.
 
Inilah yang berlaku pada hari Sabtu (20 Februari 2010) pukul 12 tengah hari . Tempat yang yang terbakar adalah hutan berhampiran dengan rumah aku, lebih kurang 30 meter jaraknya dari rumah. Bunyi api memakan daun kering terdengar sampai ke rumah aku dan asap naik menjulang. Waktu itu, angin pula bertiup menjadikan api makin marak. Aku sudah naik panik, jiran aku seorang cina dengan segera suruh telefon bomba. Aku minta dia yang telefon sementara aku dan anak-anak bawa timba air untuk padamkan api. 
 
Lebih kurang 10 minit, bomba pun datang dengan 6-7 orang anggota. Bomba tak pakai paip air, tetapi pakai semburan air yang digalas di belakang macam orang sembur racun rumput. Tak sampai setengah jam api dapat dikawal, tapi kawasan yang berbukit  masih terbakar. 



Inilah kawasan yang telah terbakar dan dipadamkan oleh ahli bomba. Terima kasih la semua abang-abang bomba yang bertungkus lumus padamkan api.

Selasa, Februari 16, 2010

Rombongan Menghantar Pengantin

Hari Ahad semasa cuti Tahun Baru Cina yang lalu ( 14 Feb 2010), aku menyertai rombongan hantar pengantin. Pengantin perempuan adalah jiran aku iaitu anak Abang Razi. Rumah pengantin lelaki tak jauh iaitu di Taman Seroja, Sik. Kami konvoi 16 buah kereta semuanya.


 
Pada pukul 11.45 pagi, konvoi kami pun bergerak ke pekan Sik. Bersama-sama itu bawa juga sirih junjung dan hantaran pengantin perempuan mengikut adat. Lebih kurang pukul 1.00 petang kami pun sampai ke Taman Seroja.   


  
 Hari tu, cuaca cukup panas. Kami tunggu di bawah pokok sementara nak himpunkan semua ahli rombongan. Pengantin lelaki pun datng menjemput pengantin perempuan.. Eh, pasai apa pula kawan aku ni(Sabri) jadi pengapit?. Rupa-rupanya pengapit yang sebenar tu pi tandas, jadi Sabri volunteer jadi pengapit sat. Elok la tu, dia pun pakai baju melayu segak bukan main.

  
Masa berarak ni, kumpulan kompang pun pukul kompang sakan. Dalam cuaca yang panas tu kami berjalan ke rumah pengantin lelaki lebih kurang 100 meter. 

 
Ini baru pengapit yang betul dah sampai untuk ambil alih tugas dari Sabri. Masa pengantin sampai tu, tetamu pun ramai betul yang sedang menjamu selera. Maklumlah dah pukul 1.00 petang ..time makan. Memang dirancang pun supaya pengantin sampai waktu orang sedang ramai, nak bagi meriah lagi kenduri.



Masa makan bersama pengantin. Untung dapat duduk di main table ni, lauk special la sikit. Ada Ikan siakap tiga rasa dan udang besar. Layanan yang diberikan kepada kami sungguh mesra dan istimewa. Terima kasih kepada tuan rumah dan penduduk Taman Seroja, Sik. Kami akan ingat sampai bila-bila (terutama kepada Cikgu Asmadi, tq very much ).

Kenduri Kahwin lagi..

Pada hari cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini, banyak sungguh jemputan kenduri kahwin yang diterima. Dalam satu hari sampai 4 hingga 5 jemputan yang diterima. Kalau ikut hati, nak pi semua sebab takut tuan rumah kecik hati tak hadir jemputan mereka.

Hari Isnin lalu ( 15 Feb 2010 ) aku dapat 4 jemputan. Salah satu jemputan tu agak jauh juga iaitu di Pokok Sena, Alor Setar di rumah Mohd Zahidi. Mula-mula pi kenduri yang dekat-dekat dulu, lepas tu baru pi yang jauh tu di Pokok Sena. Suasana kampung masih terdapat di tempat kenduri tu.
Semasa aku sampai, orang masih ramai lagi. Ada empat khemah terpasang, dua untuk orang lelaki dan dua untuk orang perempuan. Menu hari tu ialah gulai daging dengan batang pisang, ayam goreng berempah, gulai lemak rebung dan ikan masin goreng berserta ulam-ulam. Sedap juga masakan ala kampung ni. Lepas makan, ada pula cendol. Huh.. musim panas ni, minum cendol cukup sedap.
Masa tengah makan, terdengar bunyi gendang silat. Rupanya ada persembahan silat yang dijemput untuk memeriahkan kenduri ni. Lagu-lagu yang dimainkan sedap juga sebab iramanya semua lagu-lagu yang moden-moden dan ada juga irama hindustan.


Persembahan silat yang diringi oleh gendang dan serunai nampak hebat. tapi silat jenis apa aku tak tau, sama ada silat cekak ke atau silat gayung. Ada lencana depa pakai kat baju hitam tu, tapi kecik sangat, tak boleh baca. 

Lepas lawan tangan kosong, depa tunjuk pula kebolehan lawan pakai kayu. Hebat pukulan tapi semua dapat elak, tentu la dah berlatih lama dah...

Masa nak balik, jumpa dengan pengantin dan ambil gambar pengantin baru tu. Segak dan bergaya maklumlah raja sehari.
Selamat Pengantin Baru, Mohd Zahidi dan Nor Haslina. Semua kekal hingga ke anak cucu. Nak honeymoon ke mana?

Isnin, Februari 08, 2010

Email dari kawan


Baru-baru ni ,aku terima Email dari seorang kawan..bila baca email tu, rasa nak berkongsi juga dengan kawan- kawan lain.


Rassulullah SAW pernah bersabda :
" setiap pagi sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup atau telah tiada )"
nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi SAW :
" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ....tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan semua yang banyak menolong kita .
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki Oleh Allah SWT.

Bila-bila masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita, waktu bangun pagi, di pejabat, waktu makan dan di mana saja, (tidak termasuk di waktu solat lima waktu)

Caranya : 'YA ALLAH YA TUHANKU, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. ..." (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)

Untuk yang sudah meninggal : "YA ALLAH YA TUHANKU, ampuni lah segala dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang beriman.

Wassalam..

Ahad, Februari 07, 2010

Rombongan Sekolah


Keterangan gambar (aku no. 2 dari kiri) 

Semasa di sekolah menengah dulu, cikgu selalu buat rombongan sekolah pada waktu cuti sekolah. Pada masa itu, selalunya buat rombongan ke Pulau Pinang, Taiping dan kalau jauh sikit, ke Kuala Lumpur dan Melaka.

Aku pernah ikut rombongan sekolah pada tahun 1972 semasa aku di Tingkatan 2 Sekolah Menengah Kuala Pegang. Cikgu yang urus rombongan itu namanya Cikgu Abdullah Md Zain. Kali ini kami pergi melawat Taiping. Bukan main seronok lagi aku masa itu. Seumur hidup tak pernah pi Taiping cuma dengar cerita orang saja. Untuk pergi ke sana kena bayar RM10 seorang ( termasuk tambang dan tiket masuk zoo).

Jenuhla pujuk emak aku supaya bagi aku menyertai rombongan itu. Masa tu, RM10 sangat besar nilainya, bukan senang nak dapat duit. Nasib baik emak bagi pergi. Apa lagi melompat aku keseronokan.

Bas rombongan bertolak pagi-pagi lagi. Aku bawa bekal makanan yang emak aku sediakan. Boleh kata semua orang bawa bekal. Sesampai di Taiping, kami melawat Muzium Taiping. Lepas tu, pergi Taman Tasik Taiping. Masa ni semua buka bekal yang di bawa tadi berkelah di tepi tasik. Selepas makan, kami masuk Zoo Taiping. Seronok tengok binatang-binatang yang tak pernah dilihat sebelum ini. Gajah, harimau, zirafah, seladang, ular sawa dan buaya. Masa dekat kandang harimau, Cikgu Abdulah bawa kamera, lalu suruh kami posing untuk ambil gambar. Itulah gambar di atas yang diambil di depan kandang harimau, tapi sayang, tak nampak harimau pun dalam gambar tu...

Jumaat, Februari 05, 2010

Halal dan Haram


Sekarang ni semua orang makin sensitive dengan status makanan halal dan haram. Kita kena hati-hati pasai makanan tu akan jadi darah daging kita. Kalau asyik telan makanan yang tak tau halal ke haram..susah jugak.
Baru-baru ni aku jumpa iklan mee segera dari Indonesia.. dia tulis 50% halal! He..he…Nama mee itu ialah Miyabi..perasa ayam dan babi.




Di Malaysia dulu  Halal Development Corporation (HDC) yang akan keluarkan sijil halal. Lepas tu bagi balik kat Jakim..nampak macam senang, tapi susah nak laksanakan..

Kemarin aku beli satu tin baked beans (kacang panggang). Saja-saja nak cek status halal, jadi, aku pun masuk la website Jakim.. key in the bar code, alhamdulillah.. halal dan sijil masih sah. Kemudian aku pun start pula cek lain2 barang makanan yang ada kat rumah aku.
Aku start dengan sardin ayam brands.


 

Kenapa sardin?....Sebab banyak kawan dok hantar email tentang status halal sardin. Ada yg kata sardin ni depa boh daging katak la, tulang babi la pasai nak bagi sedap, wallahualam.. 

Jadi aku pun ambik tin sardine dan key in bar code yang terdapat pada label dia.

 
Terkejut juga … sijil halal dia telah tamat tempoh pada 15 Julai 2009 yang lalu !
Apa sudah jadi..! Tak kan pihak yang berwajib tak perasan kot?