Ahad, Januari 31, 2010

Kesan Radiasi dari Telefon Bimbit


Satu ujikaji radiasi telefon bimbit ke atas telor ayam telah dijalankan.
Bahan yang digunakan sebiji telur dan dua buah telefon bimbit.

Persediaan adalah seperti gambar di sebelah:
Panggilan di antara dua telefon diaktifkan untuk tempoh selama lebih kurang 65 minit. 

Hasilnya seperti berikut:

15 minit - tiada apa yang berlaku.
25 minit - telur mulai panas.
45 minit - telur telah panas.
65 minit - telur telah masak.
    Selepas 65 minit, telur tersebut diambil dan dikupas kulitnya . Tengoklah apa yang terjadi...


    Gambar di atas menunjukkan telur itu telah  masak selepas 65 minit!

    Jadi, kesimpulannya:
    Radiasi dari telefon bimbit mampu untuk mengubah bentuk protein telur. Bayangkan apa yang akan terjadi kepada protein otak kita apabila kita bergayut di telefon bimbit  untuk tempoh yang panjang.

    Saya mengingatkan diri saya dan pembaca sekalian agar jangan berbual lama-lama melalui telefon bimbit.

    Bagaimana dengan telefon bimbit yang disimpan di pinggang?
    Apakah ianya memberi kesan yang sama?
    Bagaimana pula dengan mereka yang menyimpan dua buah telefon, satu di kocek kanan dan satu di kocek kiri?

    Jumaat, Januari 15, 2010

    Dah Sama-Sama Tua..



    Di dalam sebuah kampung, ada seorang duda yang sudah berumur tinggal seorang diri di rumahnya. Anak-anak sudah besar dan semua bekerja di bandar. Ada anaknya mengajak tinggal dengan mereka di bandar, tapi siduda ini menolak kerana lebih selesa tinggal di rumahnya sendiri di kampung. Sudah lebih 6 tahun hidup menduda selepas isterinya meninggal dunia.

    Berdekatan rumahnya pula ada seorang janda yang agak berumur dan juga tinggal seorang diri. Sudah bertahun-tahun mereka berjiran dan sering bertemu dan bersembang ketika kesunyian.

    Suatu hari pada waktu petang, siduda duduk berehat di bawah pokok rambai merenung ke arah rumah sijanda. Sijanda perasan dan datang menegur siduda.

    "Pak Uda oi… Apa yang dimenungkan tu?"

    "Saya ada perkara nak bagi tahu awak ni, Mak Jan." ujar Pak Uda

    "Apanya Pak Uda? Serius aje bunyinya" berkerut dahi Mak Jan melihat muka Pak Uda.

    Siduda merenung sijanda, l
    alu dengan kekuatan yang pada dirinya, dia berkata,
    "Saya ini teringin nak beristerikan awak. Sudi tak?"

    Sijanda tersenyum dan diam seketika.
    ” Hmmm...sudi ”jawab Mak Jan dengan suara perlahan malu-malu.

    Kemudian mereka pun berborak seketika. Tak lama kemudian, Mak Jan minta izin untuk pulang ke rumahnya kerana hari sudah menjelang senja.

    Pada malam tu, siduda rasa gelisah. Dia tidak ingat jawapan yang diberi oleh sijanda petang tadi. Adakah dia sudi atau tak? Memori dah lemah. Nak buat macam mana?

    Setelah berfikir bersungguh-sungguh, siduda tidak juga mendapat jawapan. Jadi terpaksalah dia bertanya sekali lagi kepada sijanda. Siduda pun telefon sijanda itu kerana nak pergi ke  rumah tidak molek pulak kerana sudah malam begini. Nanti lain pula jadinya.

    "Helo Mak Jan. Pak Uda di sini. Saya nak bertanya,almaklum sudah tua mudah lupa.
    Petang tadi saya tanya awak,sudikah awak kahwin dengan saya.. Apa yang awak jawab?"

    "Saya jawab ,sudi..ikhlas dari hati. Err.. nasib baik awak telefon saya, Pak Uda ..."

    ”Kenapa ?...”Siduda bertanya kerana berasa pelik dengan ayat terakhir sijanda.

    "Saya pun lupa siapa yang ajak saya kahwin petang tadi ..."

    Sabtu, Januari 09, 2010

    Hari Keluarga 2009

    Hari Keluarga bagi Tahun 2009 diadakan pada penghujung tahun sebagai penutup tirai Tahun 2009. Bertempat di Pendang Lake Resort, semua staf pejabat mendaftar masuk ke resort pada petang  Sabtu     26 Disember 2009. Keluarga kami diantara yang sampai awal iaitu pukul 5 petang. Selepas check-in, perut terasa lapar. Apalagi..terus ke Pekan Pendang mencari makanan.

    Pada pukul 8.00 malam, ada jamuan makan malam. Semua hadir dengan keluarga masing-masing. Dalam majlis ni, untuk mengeratkan silartulrahim dan berkenal-kenalan, tempat duduk tidak mengikut keluarga. Nurul Izza , Mohd Norhelmi dan Badrul duduk semeja bersama keluarga kami.

    Seperti biasa, sambil makan ada acara selingan iaitu karaoke. Siapa lagi yang menyanyi kalau bukan Abang Razi dengan lagu 60an tu. Jamuan makan dibuat secara buffet. Ada Laksa, nasi goreng, me kuah, kueh, kek dan juga satay. Yang paling cepat habis, tentulah satay..

     

    Di depan resort ni ada tasik yang terbentang luas. Pada waktu petang, pemandangan nampak cukup cantik. Dalam tasik ni ada ikan, kalau bawa pancing bolehlah memancing. Pada malam pertama, ramai juga yang memancing. Nasir yang paling awal pasang pancing. Lepas tu Hafizan, Rosli dan Yahaya pula join. Sampai tengah malam depa memancing. Pagi esok, bila tanya berapa kilo ikan dapat.. Nasir geleng kepala..seekor pun tak dapat. mungkin ikan-ikan tu dah kenyang. Untuk yang minat berkayak, memang sesuai la tasik ni. Peralatan berkayak juga disediakan untuk disewa oleh resort ini untuk para pengunjung. Bagi kami yang menginap di sini, boleh berkayak tanpa kena bayaran.

     Hari kedua : Pagi-pagi lagi dah pergi sarapan. Menu pagi tu, nasi lemak dengan sambil ikan bilis dan telur rebus. Hai. En. Azizan, bubuh nasi lemak macam makan tengah hari. Elok la tu.. tumpang lalu..makan.
     Acara pertama selepas makan pagi ialah senamrobik. Semua ahli keluarga, kecil besar turut serta. Bila ramai-ramai macam ni, memang seronok senamrobik.

     Acara kanak-kanak yang paling awal sekali. Tiup tepung dalam pinggan. Ramai penyertaan sampai kena tambah pinggan pula.


     Beginilah rupanya selepas acara tiup tepung. Menang ke.. kalah ke.. tak kira..yang penting seronok. Muka penuh tepung macam macam pakai bedak sejuk..

    Tiup belon... siapa yang besar. Kalau pecah dikira kalah. Yang menang tu anak Hj. Basri, walaupun badan kecik tapi dapat tiup belon paling besar..

     Acara dewasa pula, kerusi muzik. Ramai yang ambil bahagian. Tapi masing-masing jalan pelan-pelan kerana nak rebut kerusi. Jenuh juruacara suruh jalan laju sikit.

     

    Insiden yang tak dapat dilupakan..... Sampai patah kaki kerusi kerana berebut nak duduk! Mau tak patah..badan semua saiz XL.


     
    Acara kaum ibu pun sama juga, kerusi muzik. Yang jadi johan ialah yang pakai tudung hitam.


     
    Ini pula pakaian beragam menggunakan surat khabar. Ada 6 peserta yang memakai baju kertas  hasil rekaan ibu dan bapa masing-masing.

     Akhir sekali penyampaian hadiah yang disampaikan oleh bos. Norehan dan anaknya yang paling banyak banyak menang acara-acara tadi.
     Selepas selesai penyampaian hadiah, terus makan tengah hari. Pukul 1.00 petang, semua keluarga dah pun berkemas untuk balik. Nampaknya tahun ni meriah juga hari keluarga. Moga jumpa lagi dalam Hari Keluarga pada 2010 pula. Terima kasih pada penganjur. Jumpa lagi tahun depan.......

    Khamis, Januari 07, 2010

    Cerita Yang Paling Sedih


    Pernah dengar tak cerita yang paling sedih..cukup sedih.

    Suatu ketika di Kuala Lumpur, ada tiga anak muda yang bekerja sebagai eksekutif dan tinggal bersama di pangsapuri yang mewah. Rumah mereka terletak di tingkat yang paling atas, iaitu tingkat 30. Punyalah hebat, bila jenguk di tingkap, akan nampak pemandangan seluruh bandaraya KL yang indah.

    Suatu petang bila balik dari kerja, sesampai di pangsapuri ,mereka nampak ramai orang berada di kawasan lif. Ingatkan ada kemalangan ke, rupa-rupanya lif rosak.  Apalagi mereka bertiga pun mengeluh sakan. Mula-mula tu, tunggu juga la, mana tau kalau ada orang datang baiki. Tapi selepas satu jam, tak ada apa-apa perkembangan. Hari dah semakin gelap, badan pun dah berlengas. Last sekali, mereka bertiga ambil keputusan untuk panjat tangga. Bayangkan tingkat 30 nak panjat tangga, mau terlucut kepala lutut!.

    Semasa sampai di tingkat 2, seorang dari mereka membuat cadangan.
     ” Apa kata kita bercerita, supaya tak rasa letih. Tapi tak boleh la cerita lawak, nanti letih pasai banyak gelak. Kita cerita yang sedih-sedih”katanya.

    Maka, pemuda yang pertama pun mula bercerita sambil mereka memanjat tangga. Kisah dia masa kecik-kecik dulu hidup susah. Kena motong getah, makan nasi lauk ikan masin. Sedih sungguh cerita dia, sampai meleleh air mata. Bila habis cerita, tak sedar pun dah sampai tingkat 15.

    Giliran pemuda yang kedua pula bercerita. Dia pun bercerita mengenai masa dia mula-mula mai KL, susah hidupnya. Menumpang rumah kawan. Kadang-kadang tak makan nasi dua tiga hari (tapi makan roti, kalau tidak, mati laa). Buat kerja macam-macam, kena halau pasai tak bayar sewa rumah dan lain-lain lagi. Punyalah sedih sampai kawan-kawan yang dengar pun meleleh air hidung kesedihan. Bila habis cerita yang panjang lebar tu, rupanya dah sampai tingkat 25. Dah dekat, lagi 5 tingkat. Baju pun dah lencun semuanya kerana berpeluh.

    Giliran pemuda yang ketiga pula bercerita.

    ” Cerita aku adalah cerita yang paling sedih sekali” katanya sambil meraba-raba poket seluarnya.

    ” Ceritalah, kami nak dengar” jawab kawannya.

    ”Ceritanya begini, kunci rumah kita, aku tertinggal di bawah nuu..dalam kereta!”

    Apa lagi, hu..hu.. kedua-dua kawannya meraung... kesedihan.