Rabu, Disember 02, 2009

Lama Tak Jogging

Lama betul tak berjogging. Dulu waktu petang selepas balik kerja, selalu juga jogging ikut trek belakang Taman Bersatu. Dah hampir 4 bulan tak jogging rasa sakit-sakit badan. Berat badan pun dah bertambah, walaupun tak timbang tapi tau berat bertambah pasai seluar makin ketat terutama kat pinggang. Simpan banyak lemak la tu.

Petang kemarin, selepas balik kerja,aku ajak teman baikku (isteriku la..) pergi berjogging . Trek jogging yang biasa guna selalu tu tak jauh, depan rumah je.


Inilah trek jogging yang selalu aku guna di belakang Taman Bersatu. Trek ni asal jalan berbatu dan hujungnya akan bertemu dengan jalan tar yang menuju ke Caruk Nau. Terkejut juga tengok jalan ni yang dah semak dan lecah teruk. Dalam hati ni rasa nak marah kepada orang-orang yang tak bertanggung jawab merosakkan jalan ni.



Sekarang ni musim hujan, jalan jadi cukup lecah. Kena berhati-hati takut terjatuh dalam selut. Yang sakit hati tu, kita kena masuk dalam semak untuk elak jalan yang air bertakung tu. Mood nak berjogging pun hilang.




Tengok la, betapa teruknya jalan ni. Bekas tayar lori menyebabkan air bertakung dan berlubang-lubang. Bila sampai kawasan ni, kena jalan kaki tak boleh nak berlari. Silap-silap tersungkur dalam lopak air tu.


Jadi masa berjogging tak berapa lancar, sat berjalan, sat berlari, pasai kena langkah kawasan yang lecah.



Yang paling sakit hati, ada orang dok buang batu, kayu kat sini. Bukan buang dalam hutan tapi tepi jalan. Banyak longgokan batu dan kayu dituang disepanjang jalan trek jogging ini. Betul-betul tak ada otak!





Selepas jalan yang lecah tadi, baru la jumpa jalan tar. Sedaplah sikit berjogging. Tapi letih sampai ternganga pasai dah lama tak jogging!.

1 ulasan:

  1. gena mu tak ajak aku weh!.. berat badan aku pun dah bertambah dari 73kelo dah jadi 80kelo!. nak sama berat dengan lemu kroban hak hari yeh.mu tengoklah muka aku dah kembang mcm bunga teratai!

    BalasPadam