Jumaat, Oktober 16, 2009

Puasa Agar Sihat






Kita sudah sampai penghujung bulan puasa, bermakna telah lebih 20 hari kita mengerjakan ibadah puasa. Sudah tentu kita yang menunaikan ibadah puasa telah mendapat manfaat dari ibadah puasa. Salah satu hikmah atau manfaat yang kita dapat ialah kesihatan rohani dan jasmani.


Adakah anda semua ingin sihat bukan?. Kalau ya, mari kita lihat hadis Nabi SAW yang bermaksud, ”Berpuasalah kamu agar kamu sihat”
Demikianlah bunyi hadis Nabi yang menerangkan keutamaan puasa untuk menjaga kesihatan, baik kesihatan jasmani mau pun kesihatan rohani. Menahan diri dari makan, minum dan hubungan intim suami isteri di siang hari, sejak terbit fajar hingga terbenam matahari selama lebih kurang 30 hari, tentu akan menyihatkan tubuh badan kita secara fizikal.


Melalui kewajipan berpuasa yang dilaksanakan dengan baikdan berkualiti tentu mampu meningkatkan kualiti fizikal dan kesegaran jasmani manusia.

1 ulasan:

  1. Salam.

    Mi sulung. Aku ni saiden zakaria(abg ipar cgu dakroh) yg dok dipondok lanai tu, kalu hg ingat. aku dgq hg dok ka PPD. Adik aku ada mengajar di SK KUpang(Ustaz Zul) di SK Baling(Ust Hayyin), Adik ipaq(Ustazah Nurulasyikin)di Sk Tembak. hg tlg tgk2 la kalu depa kerja tak memuaskan tegoq. aku dpt blog hang dari blog sabri cek rus. Bolg aku. http://saidenzakaria.blogspot.com/

    BalasPadam