Selasa, Ogos 25, 2009

Ramadhan Datang Lagi


Pada hari Sabtu 22 Ogos 2009 bersamaan 1 Ramadhan 1430H, seluruh umat Islam menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak dengan menunaikan ibadah puasa.

Puasa Ramadhan telah difardhukan pada bulan Sya'ban tahun ke-2 Hijrah apabila turunnya ayat 183, Surah al-Baqarah; Ertinya: "Wahai orang-orang yang beriman, telah difardhukan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang difardhukan ke atas umat sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa"

Sesungguhnya umat Islam digalakkan menghidupkan bulan mulia ini dengan pelbagai amalan ibadah kepada Allah SWT. Antara amalan-amalan yang wajar diperbanyakkan ialah :
  • Tilawah al-Quran
  • Tadarrus al-Quran
  • Iktikaf
  • Solat Tarawih
  • Bersedekah
  • Qiammulail
Ramadhan.. Dalam debar, kunanti kehadiran-Mu, Dalam sedar, kurindukan rahmat-Mu Dalam resah, kudambakan maghrifah-Mu, Dalam payah, kuharapkan keredhaan-Mu, Mengenang alpa, menghitung dosa, Semoga kehadiranmu membasuh segala..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan