Sabtu, Ogos 29, 2009

Pasar Ramadhan

Setiap kali menjelang bulan puasa, pasti akan ada Pasar Ramadhan. Setiap petang ramai pengunjung membanjiri Pasar Ramadhan untuk mencari juadah berbuka puasa. Biasanya banyak kuih dan makanan yang akan dibeli, maklumlah semua nampak sedap kerana perut lapar.

Lauk yang nampaknya mendapat sambutan ialah gulai kawah -gulai daging yang dimasak bersama rias pisang di dalam kawah.


Satu lagi yang jadi tumpuan pengunjung ialah popia. Popia ni, kalau nak beli kena tunggu kerana perlu digulung satu persatu.


Sup tulang juga banyak penggemarnya. Nampak periuk sup tu besar tapi pukul enam petang dah habis...


Cucur udang yang digoreng panas-panas memang nampak menyelerakan.

Makanan ala Thai pun ada juga dijual. Salah satunya ialah somtam. Sangat sesuai untuk membuka selera semasa berbuka puasa nanti.

Bagi penggemar laksa, ada sesuatu yang istimewa iaitu Laksa Beras Kg TW.
Laksa ini pun kalau datang lewat tentu tak sempat beli, dah habis...


Gerai yang paling ramai sambutan ialah gerai Ayam Percik. Ayam yang dipanggang dengan sos istimewanya itu cukup laris.


Nampak cukup menyelerakan.. harga seekor ayam ini iala RM18 sahaja..



Satu lagi makanan yang pasti dicari ialah Ikan Bakar. Bermacam jenis ikan yang dibakar bersama perencahnya. Dari jauh sudah terbau... sungguh menyelerakan.

Namun begitu harus diingat, jangan terlalu ikutkan nafsu membeli makanan. Cukup sekadar untuk mengenyangkan. Elakkan pembaziran kerana kalau terlalu banyak dibeli, nanti akan ada yang terbuang .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan