Khamis, Ogos 13, 2009

Bukit Fraser

Pada 7 Julai 2009 yang lalu pergi ke Kuala Kubu Bharu, Selangor atas urusan rasmi. Masa di sana, menginap di Rumah Rehat Kuala Kubu Bharu. Cuaca sejuk dan hujan turun sejak petang lagi. Kat rumah rehat ni sunyi betul, tak ada pengunjung langsung



Waktu petang ambil kesempatan naik Bukit Fraser. Tak pernah sampai lagi. Inilah first time naik Bukit Fraser. Memang sejuk kat atas sana.

 Jalan ke Bukit Fraser ada dua iaitu satu untuk naik sahaja dan satu lagi untuk turun sahaja kerana jalannya agak sempit dan banyak selekoh tajam. Pada masa ini, jalan untuk turun telah rosak dan tak boleh digunakan. Oleh itu, jalan naik ni digunakan untuk turun juga. Setiap jam, jalan akan dibuka untuk naik atau turun sahaja. Waktu genap untuk kenderaan turun ( pukul 2, 4, dan seterusnya). Waktu ganjil untuk  naik ( pukul 1,3,5 dan seterusnya)



Bangunan-bangunan di sini kebanyakannya mempunyai ciri-ciri Eropah kerana tempat ini pernah didiami oleh Inggeris sebelum merdeka dahulu.





Banyak bungalow yang besar-besar dan mempunyai seni bina Inggeris terdapat di Bukit Fraser ini. Selain itu, kerana cuaca yang sejuk, pokok bunga beraneka warna menghiasi halaman bungalow tersebut.

Bergambar di jam besar yang menjadi landmark Bukit Fraser ini. Pokok hijau menjalar memenuhi struktur jam besar ini dan nampak sangat cantik.



Pokok bunga berwarna warni yang ditanam dengan tersusun. Kawasan ini baru siap dibina dan bangunan baru juga direka supaya mempuyai ciri-ciri Eropah.


Salah sebuah bungalow yang terdapat di sini dan boleh disewa. Pada waktu kami datang , rumah ini kosong tiada penyewa.


Jalan yang dilalui tidak sibuk dan kenderaan pun tak banyak. Boleh memandu perlahan sambil melihat pemandangan yang indah di sepanjang perjalanan.





Nun dibelakang kelihatan kondominum yang mewah untuk dijual. Setengahnya sudah ada penghuni tetapi masih ada lagi yang kosong.
 Padang Golf Fraser Hill



Bunga-bunga yang berkembang cantik dan berwarna-warni.

Keindahan pemandangan dan cuaca yang nyaman membuatkan aku rasa ingin datang lagi. kalau boleh nak bermalam di sana.



1 ulasan:

  1. assalamualaikum..bley tmpang tnye? kwn2 sye ad yg ckp fraser hills nie ad msim bngenye..btul kew??waktu ble yg ssuai utk sye nk mlawat fraser hills?

    BalasPadam