Sabtu, Ogos 29, 2009

Pasar Ramadhan

Setiap kali menjelang bulan puasa, pasti akan ada Pasar Ramadhan. Setiap petang ramai pengunjung membanjiri Pasar Ramadhan untuk mencari juadah berbuka puasa. Biasanya banyak kuih dan makanan yang akan dibeli, maklumlah semua nampak sedap kerana perut lapar.

Lauk yang nampaknya mendapat sambutan ialah gulai kawah -gulai daging yang dimasak bersama rias pisang di dalam kawah.


Satu lagi yang jadi tumpuan pengunjung ialah popia. Popia ni, kalau nak beli kena tunggu kerana perlu digulung satu persatu.


Sup tulang juga banyak penggemarnya. Nampak periuk sup tu besar tapi pukul enam petang dah habis...


Cucur udang yang digoreng panas-panas memang nampak menyelerakan.

Makanan ala Thai pun ada juga dijual. Salah satunya ialah somtam. Sangat sesuai untuk membuka selera semasa berbuka puasa nanti.

Bagi penggemar laksa, ada sesuatu yang istimewa iaitu Laksa Beras Kg TW.
Laksa ini pun kalau datang lewat tentu tak sempat beli, dah habis...


Gerai yang paling ramai sambutan ialah gerai Ayam Percik. Ayam yang dipanggang dengan sos istimewanya itu cukup laris.


Nampak cukup menyelerakan.. harga seekor ayam ini iala RM18 sahaja..



Satu lagi makanan yang pasti dicari ialah Ikan Bakar. Bermacam jenis ikan yang dibakar bersama perencahnya. Dari jauh sudah terbau... sungguh menyelerakan.

Namun begitu harus diingat, jangan terlalu ikutkan nafsu membeli makanan. Cukup sekadar untuk mengenyangkan. Elakkan pembaziran kerana kalau terlalu banyak dibeli, nanti akan ada yang terbuang .

Selasa, Ogos 25, 2009

Ramadhan Datang Lagi


Pada hari Sabtu 22 Ogos 2009 bersamaan 1 Ramadhan 1430H, seluruh umat Islam menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak dengan menunaikan ibadah puasa.

Puasa Ramadhan telah difardhukan pada bulan Sya'ban tahun ke-2 Hijrah apabila turunnya ayat 183, Surah al-Baqarah; Ertinya: "Wahai orang-orang yang beriman, telah difardhukan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang difardhukan ke atas umat sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa"

Sesungguhnya umat Islam digalakkan menghidupkan bulan mulia ini dengan pelbagai amalan ibadah kepada Allah SWT. Antara amalan-amalan yang wajar diperbanyakkan ialah :
  • Tilawah al-Quran
  • Tadarrus al-Quran
  • Iktikaf
  • Solat Tarawih
  • Bersedekah
  • Qiammulail
Ramadhan.. Dalam debar, kunanti kehadiran-Mu, Dalam sedar, kurindukan rahmat-Mu Dalam resah, kudambakan maghrifah-Mu, Dalam payah, kuharapkan keredhaan-Mu, Mengenang alpa, menghitung dosa, Semoga kehadiranmu membasuh segala..


Khamis, Ogos 13, 2009

Bukit Fraser

Pada 7 Julai 2009 yang lalu pergi ke Kuala Kubu Bharu, Selangor atas urusan rasmi. Masa di sana, menginap di Rumah Rehat Kuala Kubu Bharu. Cuaca sejuk dan hujan turun sejak petang lagi. Kat rumah rehat ni sunyi betul, tak ada pengunjung langsung



Waktu petang ambil kesempatan naik Bukit Fraser. Tak pernah sampai lagi. Inilah first time naik Bukit Fraser. Memang sejuk kat atas sana.

 Jalan ke Bukit Fraser ada dua iaitu satu untuk naik sahaja dan satu lagi untuk turun sahaja kerana jalannya agak sempit dan banyak selekoh tajam. Pada masa ini, jalan untuk turun telah rosak dan tak boleh digunakan. Oleh itu, jalan naik ni digunakan untuk turun juga. Setiap jam, jalan akan dibuka untuk naik atau turun sahaja. Waktu genap untuk kenderaan turun ( pukul 2, 4, dan seterusnya). Waktu ganjil untuk  naik ( pukul 1,3,5 dan seterusnya)



Bangunan-bangunan di sini kebanyakannya mempunyai ciri-ciri Eropah kerana tempat ini pernah didiami oleh Inggeris sebelum merdeka dahulu.





Banyak bungalow yang besar-besar dan mempunyai seni bina Inggeris terdapat di Bukit Fraser ini. Selain itu, kerana cuaca yang sejuk, pokok bunga beraneka warna menghiasi halaman bungalow tersebut.

Bergambar di jam besar yang menjadi landmark Bukit Fraser ini. Pokok hijau menjalar memenuhi struktur jam besar ini dan nampak sangat cantik.



Pokok bunga berwarna warni yang ditanam dengan tersusun. Kawasan ini baru siap dibina dan bangunan baru juga direka supaya mempuyai ciri-ciri Eropah.


Salah sebuah bungalow yang terdapat di sini dan boleh disewa. Pada waktu kami datang , rumah ini kosong tiada penyewa.


Jalan yang dilalui tidak sibuk dan kenderaan pun tak banyak. Boleh memandu perlahan sambil melihat pemandangan yang indah di sepanjang perjalanan.





Nun dibelakang kelihatan kondominum yang mewah untuk dijual. Setengahnya sudah ada penghuni tetapi masih ada lagi yang kosong.
 Padang Golf Fraser Hill



Bunga-bunga yang berkembang cantik dan berwarna-warni.

Keindahan pemandangan dan cuaca yang nyaman membuatkan aku rasa ingin datang lagi. kalau boleh nak bermalam di sana.



Sabtu, Ogos 01, 2009

Lawatan Ke Pulau Tuba, Langkawi

Sudah lama teringin nak pergi ke Pulau Tuba, Langkawi. Salah sebuah pulau daripada berpuluh-puluh pulau yang terdapat di Langkawi. Pulau ini mempunyai penduduk yang agak ramai dan terdapat sebuah sekolah menengah dan 3 bauh sekolah rendah.
Pada 14 Julai 2009, satu lawatan ke Pulau Tuba telah diadakan. Kami pergi dengan 3 buah bot.


Inilah jeti di Langkawi tempat menaiki bot untuk ke Pulau Tuba. Setiap bot boleh dinaiki oleh 12 hingga 15 orang penumpang.

Kali pertama naik bot ini rasa cukup seronok. Dapat merasai angin laut yang sejuk menampar muka. Best..

Bila enjin bot semakin kuat, pergerakan bot makin laju. Laju sungguh. Masa tu baru rasa kecut perut!

Mujur juga waktu itu alun tidak kuat, jadi bot bergerak laju dengan lancar. Kalau laut beralun, bot akan melambung-lambung.

Masa dalam bot kena pakai jeket keselamatan. Setiap bot menyediakan jeket ini untuk para penumpang. Tapi ada juga yang tak mau pakai jeket tu ...pegang sahaja.

Dari tengah laut dapat dilihat bangunan sekolah kebangsaan dan rumah-rumah penduduk.



Dah sampai ke jeti Pulau Tuba. Lebih kurang 20 minit masa diambil dari Pulau Langkawi ke Pulau Tuba. Lega rasa bila dah sampai. Jeti ni kecil sahaja sebab tak banyak bot.

Dari jeti berjalan kaki untuk menaiki van yang menungggu di hujung jeti.