Sabtu, Disember 13, 2008

Qurban

Pada hari kedua (9 Disember 2008) Hari Raya Aidiladha yang lalu, kami telah menjalankan ibadah Qurban bersama-sama penduduk di Taman Bersatu. Sebanyak tiga ekor lembu telah ditumbangkan pada hari tersebut. Acara bermula seawal pukul 7.00 pagi. Semua ahli yang masuk Qurban berkumpul di tempat sembelih. Ramai juga yang datang pagi tu. Sebelum sembelih, semua yang terlibat akan niat qurban seorang demi seorang sambil memegang tali pengikat lembu.
Sementara menanti lembu direbahkan, kami dan tukang sembelih melihat dari jauh. Ada yang berani tengok dari dekat dan ada yang cuma lihat dari jauh. Takut tengok darah.

Bukan senang nak rebahkan lembu, hanya orang yang berpengalaman saja dapat rebahkan lembu dengan mudah. Yang pegang kepala lembu tu ialah orang dari 'tan ' yang kerjanya hari-hari sembelih lembu.


Melapah lembu juga perlu kepakaran dan pisau yang tajam. Tengok senang tapi kalau tak biasa susah juga. Seekor lembu ini dikerja oleh 3 orang orang, tak sampai setengah jam, siap buang kulit.



Lembu yang kedua siap sedia untuk disembelih oleh tukang sembelih, Pak Non. Kena ramai orang pegang kaki supaya lembu tu tidak bergerak. Barulah senang tugas Pak Non.




Lembu yang ketiga sedang dilapah. Siap semua daging di bawa balik untuk diagihkan dan ada yang akan dimasak. Menunya ialah 'rebus cicah'. Daging dibuat sup dan dicicah dengan air asam.