Isnin, Oktober 20, 2008

Bahasa Indah

Orang dulu-dulu bijak menggunakan bahasa dalam menyampaikan mesej. Sesuatu nasihat atau panduan disampaikan dengan menggunakan bahasa berirama. Bait-bait ayat yang digunakan mengandungi maksud yang mendalam dan seronok dibaca.

Kadang-kadang dalam setiap rangkap, ada banyak mesej yang nak disampaikan. Kebanyakan mesej itu berkaitan dengan kehidupan harian dan juga mengandungi nasihat yang berguna.

Cubalah baca bahasa berirama di bawah ini yang seindah pemandangan dalam foto ini............

JANGAN KITA BERPATAH ARANG
KELAK KITA HIDUP SEORANG


JANGAN KITA MENYEPI DIRI
KELAK KITA HIDUP SENDIRI


JANGAN KITA BERPALING TADAH
KELAK KITA MENERIMA PADAH

JANGAN KITA MENONGKAH ARUS
KELAK KITA TIDAK TERURUS

JANGAN KITA MENGHINA RAKAN
KELAK KITA DITINGGALKAN KAWAN

JANGAN KITA BANGGA DIRI
KELAK KITA YANG AKAN RUGI

JANGAN KITA BERKATA DUSTA
KELAK KITA MENJADI NESTA

JANGAN KITA SELALU LEWAT
KELAK KITA HILANG MATLAMAT

JANGAN KITA MENYALAHKAN ORANG
KELAK KITA DITINGGALKAN SEORANG

JANGAN KITA MENAMBAH DOSA
KELAK KITA TIADA DISYURGA

JANGAN KITA LUPA TUHAN
KELAK KITA HILANG INGATAN

INGATLAH SAMA HUKUM KETENTUAN
KITA SEMUA DIBAWAH KEKUASAAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan